Nuffang Ads

Betulkah Garam Putih Itu Berbahaya?

Betulkah garam putih yang digunakan di rumah itu berbahaya? Kenapa dan apa buktinya? Okay, sabar. Kita mula bercerita. Garam putih sebenarnya telah mengalami proses pelunturan (bleach) sehingga menjadikan garam itu berwarna putih. Pada ketika proses ini, semua mineral di dalam garam telah disingkirkan kecuali sodium. Walaupun sodium ini merupakan salah satu unsur mineral yang baik, namun jika hanya mineral tersebut yang hanya ada dalam garam tersebut , ia akan mengundang pelbagai penyakit antaranya penyakit darah tinggi. Sodium itu perlu diseimbangkan juga dengan mineral - mineral yang lain seperti potassium dan menurut kajian, makanan asli mempunyai kadar potassium yang tinggi berbanding sodium. Lihat jadual berikut untuk perbandingan mineral :

 Food Quantity  Sodium  Potassium 
 Mangga 1 cawan  3 257
 Betik 1 cawan  4 360
 Pisang  1 cawan 1 422
 Hamburger 1 551 220
 Pretzle 10 keping  814 82
 Donut 1 saiz biasa  232 60

Di mana garam putih ini sekarang? Garam putih ialah garam yang digunakan dalam industri pemprosesan makanan. Ya. Ini bermaksud semua makanan yang diproses mengandungi kadar sodium yang tinggi yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Garam ini juga banyak terdapat di kedai dan harganya juga sangat murah berbanding garam - garam yang lain. 

Jadi garam apa yang seeloknya? Pernah dengar garam laut? Garam Himalaya? Garam buluh dan Garam bukit? Nah. Ini antara garam asli yang ada. Garam - garam ini merupakan garam asli yang tinggi mineral nya dengan keadaan yang seimbang. Contohnya, garam laut. Ia mengandungi 84 mineral dan Garam himalaya mengandungi 94 mineral. Ini jauh lebih baik berbanding garam putih yang hanya ada satu sahaja mineral iaitu sodium. 


Contoh garam asli


Disebabkan itu lah pentingnya kita dalam membuat keputusan yang adil dan hikmah di dalam sains. Apa maksud adil dan hikmah itu? Adil dan hikmah itu bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang betul. Maksudnya kita perlu meletakkan had pada setiap perkara. Begitu juga dengan sains. Sains ini kena ada batasnya. Kalau tiada batasan, jadilah seperti garam tersebut. Garam putih tersebut yang asalnya mengandungi pelbagai mineral telah dinyahmineralkan hampir sepenuhnya. 

Jadi berdasarkan kepada anda, cuba tanya apakah benar garam putih itu berbahaya? Fakta-fakta di atas bukanlah fakta yang direka-reka tetapi di ambil daripada sumber-sumber yang benar. Niat artikel ini hanya untuk berkongsi apa yang telah dipelajari. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. 




Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Cara Buat Duit Online Dengan ACCESSTRADE - Affiliate Marketing

Cara Buat Duit Online Dari Rumah