Posts

Showing posts from September, 2020

Nuffang Ads

Masyarakat Ideal Madinah

Image
  Madinah atau lebih dikenali dengan nama Madinah Al-Munawwarah merupakan tunjang pertama kebangkitan umat islam di rantau Arab. Hal ini kerana, Madinah merupakan kota pertama umat islam yang mempunyai kerajaan sendiri dan Rasulullah SAW menjadi ketua negara. Pada asalnya kota Madinah dikenali dengan nama Yathrib, namun selepas peristiwa penghijrahan umat islam nama Yathrib itu telah ditukar kepada Madinah oleh Baginda Nabi Muhammad sendiri. Sebelum kedatangan islam, Kota Madinah merupakan satu penempatan yang agak mundur dari segi politik dan kemasyarakatan. Penduduknya sering berperang sesama sendiri dan penindasan berlaku di mana-mana sahaja. Namun sebaik sahaja islam masuk ke Madinah, kota tersebut menjadi maju dan penduduknya hidup dalam keadaan yang harmoni sekali. Nilai dan pengajaran yang Rasulullah terapkan pada penduduk Madinah itu sendiri   telah membawa keharmonian dan kedamaian kepada mereka walaupun hidup dalam pelbagai suku dan agama. Maka tidak hairanlah mengapa masyara