Nuffang Ads

Masyarakat Ideal Madinah

 

Madinah atau lebih dikenali dengan nama Madinah Al-Munawwarah merupakan tunjang pertama kebangkitan umat islam di rantau Arab. Hal ini kerana, Madinah merupakan kota pertama umat islam yang mempunyai kerajaan sendiri dan Rasulullah SAW menjadi ketua negara. Pada asalnya kota Madinah dikenali dengan nama Yathrib, namun selepas peristiwa penghijrahan umat islam nama Yathrib itu telah ditukar kepada Madinah oleh Baginda Nabi Muhammad sendiri. Sebelum kedatangan islam, Kota Madinah merupakan satu penempatan yang agak mundur dari segi politik dan kemasyarakatan. Penduduknya sering berperang sesama sendiri dan penindasan berlaku di mana-mana sahaja. Namun sebaik sahaja islam masuk ke Madinah, kota tersebut menjadi maju dan penduduknya hidup dalam keadaan yang harmoni sekali. Nilai dan pengajaran yang Rasulullah terapkan pada penduduk Madinah itu sendiri  telah membawa keharmonian dan kedamaian kepada mereka walaupun hidup dalam pelbagai suku dan agama. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat islam di Madinah wajar dijadikan contoh sebagai model masyarakat islam bagi umat islam masa kini. 

Dah baca >> Betulkah garam putih berbahaya

Salah satu faktor utama yang menjadikan masyarakat islam Madinah sebagai masyarakat ideal ialah pandangan jauh pemimpin. Sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah, selain membina masjid baginda telah memperkukuhkan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Muhajirin merupakan penduduk Mekah yang berhijrah bersama Rasulullah manakala Ansar merupakan penduduk asal  Madinah. Persaudaraan ini menjadi lebih menarik apabila kesediaan penduduk Madinah itu sendiri yang sangat mengagungkan antaranya Saad bin Rabi. Beliau merupaskan orang yang paling banyak harta di kalangan orang Ansar. Beliau telah menawarkan untuk membahagikan sebahagian hartanya dan seorang isteri kepada Abdurrahman bin Auf walaubagaimanapun sahabat nabi itu menolak dengan baik. Perkara ini selaras dengan firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat yang ke 10 iaitu: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Selain itu juga, untuk terus memperkasakan keamanan dan kedamaian dalam masyarakat Madinah, Rasulullah telah mewujudkan satu perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Piagam ini merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.Antara perkara asas yang terkandung dalam piagam ini ialah Rasulullah sebagai ketua negara, semua pendudukan Madinah hendaklah bersatu sebegai satu ummah, sama-sama mempertahankan Madinah daripada ancaman luar dan kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Selain masyrakat islam, Madinah juga dihuni oleh orang Yahudi. Keselamatan orang Yahudi juga akan terjamin sekiranya mereka terus taat dengan perjanjian piagam tersebut. Piagam ini mengandungi banyak fasal yang berhasil membawa kemajuan dan keamanan kepada penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun Perlembagaan Malaysia telah dirangka oleh Suruhanjaya Reid, perlembagaan ini hampir sama dengan Piagam Madinah. Antaranya Fasal 25 dalam piagam Madinah iaitu kebebasan mengamalkan agama masing-masing sama dengan Perkara 3 Fasal 1 dimana Islam adalah agama perseketuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Antara lainnya, seseorang itu tidak terbukti bersalah sehingga terbukti salah, hak asasi manusia,  mengakui kewujudan dan kepentingan kaum lain. Kandungan-kandungan seperti ini amat penting dalam sesebuah negara khususnya negara yang berbilang bangsa dan agama bagi terus mengekalkan keamanan yang ada. Kejayaan Madinah menjadi bangsa yang unggul bukan sahaja disebabkan kehebatan pemimpin tetapi kesediaan rakyat untuk terus mempercayai ketuanya.



Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa umat islam sebenarnya mempu hidup bertoleransi dan aman damai dengan orang dari agama yang berlainan. Negara islam Madinah telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan islam meskipun dia bukan orang yang seagama dengannya. Sungguhpun demikian, belum ada lagi sejarah mencatatkan orang islam boleh hidup aman damai dibawah pemerintahan bukan islam. Tuntasnya disini islam itu merupakan agama yang menyeluruh dan bukan sahaja untuk orang Arab malahan islam adalah untuk semua umat manusia. Akhir sekali, dengan menjadikan penduduk Madinah sebagai contoh, umat islam di dunia khususnya di Malaysia mampu bangkit dan menjadi bangsa yang unggul di atas muka bumi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Cara Buat Duit Online Dengan ACCESSTRADE - Affiliate Marketing

Cara Buat Duit Online Dari Rumah