Posts

Showing posts from November, 2020

Nuffang Ads

Sumber Mineral Yang Terdapat di Malaysia

Image
 Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk daripada sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di negara kita. Antaranya : 1. Petroleum Petroleum merupakan cecair pekat dan gelap. Ia juga dikenali dengan emas hitam. Petroleum merupakan sebatian hidro karbon dan biasanya wujud di kerak bumi. Banyak produk yang dapat dihasilkan daripada petroleum ini. Antara contoh nya ialah kerosin, bitumen dan nafta. Minyak petrol pula digunakan untuk kenderaan kenderaan kecil seperti motosikal, kereta dan van. Baca juga  Platform Tambah Pendapatan Sampingan 2. Gas Asli Gas asli antara sumber yang penting berada di perut bumi. Ia terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini biasanya terperangkap di dalam lapisan lapisan bumi bersama petroleum. Cara nak dapatkan nya sama seperti petroleum. Gas asli digunakan sebagai bahan bakar seperti gas memasak.  3. Bijih Timah Bijih timah sejenis batu yang mengandungi mineral penting baik logam

Jual Kereta Lama Anda Di Sini Dengan Harga Berpatutan

Image
 Nak jual kereta lama? Tapi tak tau macam mana? Nak jual dekat mana? Harga Tak berbaloi? Nahh.. Di sini ada jawapannya. Bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk menjual kereta lama mereka, anda boleh guna myTukar.  myTukar merupakan sebuah syarikat yang menggunakan aplikasi atas talian. Syarikat ini menjual kereta lama anda yang hendak anda jual secara lelong dengan bidaan kepada lebih 1,500 syarikat kereta terpakai di seluruh negara. Kenapa harga tawaran myTukar  lebih tinggi daripada harga dengan cara kita menjualnya sendiri ke kedai kereta terpakai? Ini kerana pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak myTukar sangat terbaik sebelum kereta anda memasuki proses lelongan. Terdapat 180  bahagian pada kenderaan yang akan diperiksa oleh juruteknik myTukar yang mahir dan berpengalaman dalam bidang automotif. Justeru, kesemua pembida yang berminat boleh mengetahui bagaimana keadaan kereta anda berdasarkan penelitian mereka.  Baca juga >>  Aksesori Penting Untuk Rider Motor Kesemua syarikat

10 Amalan Pelajar Cemerlang Dalam Kelas

Image
 Pelajar banyak menghabiskan masa belajar mereka di dalam kelas. Jadi sangat penting untuk mereka mengetahui amalan amalan pelajar cemerlang lakukan ketika mereka berada di dalam kelas. 1. Duduk di barisan hadapan.  Ini merupakan perkara yang penting untuk mendapat ilmu. Dengan kedudukan yang lebih dekat dengan guru, kita lebih senang dan jelas mendengar ajaran guru serta dapat mudah bertanya sebarang persoalan yang timbul. 2. Memberi Fokus Ini juga sangat penting ketika berada di dalam kelas. Duduk sahaja di hadapan tapi masih bermain main dengan rakan tidak mencerminkan amalan pelajar cemerlang.  Jaga jaga  Awas Perkara ini di Shopee 3. Pasang telinga  Mendengar merupakan salah satu elemen penting dalam kita menuntut ilmu. Sekiranya kita tidak mendengar, maka ilmu payah nak dapat.  4. Buat catatan Catatan sangat penting ketika pembelajaran. Selain membuat kita tidak ngantuk, ia juga melatih otak untuk terus berfikir.  5. Tunjukkan minat Minat tidak boleh dipisahkan dengan pelajaran.

Senarai Peribahasa Bombastik

Image
 Berikut merupakan senarai peribahasa yang wujud dan menarik tetapi jarang kita dengar apatah lagi kita gunakan. Sangat sesuai untuk pelajar pelajar membuat esei dan juga pengetahuan orang ramai. 1. Pantang Si Tegang Dibawa Mengetul Maksud : orang degil jarang hendak mendengar atau menuruti nasihat orang lain.  Peribahasa ini sangat sangat untuk mereka mereka yang jenis keras kepala. Peribahasa yang sama seperti peribahasa ini ialah bagai mencurah air ke daun keladi . Jadi para pelajar jangan asyik guna peribahasa daun keladi tu aje.  2. Seperti Santan Dengan Gula Maksud : Sangat sesuai atau sepadan.  Peribahasa ini sesuai untuk perbandingan yang cantik terutamanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang sama padan. Peribahasa serupa dengan ini ialah bagai pinang dibelah dua dan bagai cincin dengan jari . Sudah sudah lah guna bagai pinang itu para pelajar oi..  3. Tidak Sama Air Hujan Dengan Air Telaga Maksud : Tidak sama darjat orang bangsawan dengan darjat orang biasa.  Peribahasa

Bawang Putih - Cegah Penyakit Kanser

Image
 Bawang putih merupakan bahan masakan yang mudah didapati kerana ia cukup popular dan digunakan dalam hampir setiap makanan. Jengah sajalah ke dapur, pasti ada bawang putih bersama sama dengan bawang merah dan bawang besar. Tetapi, ramai yang tidak tahu akan kebaikan bawang ini. Selain digunakan dalam bahan masakan, bawang putih juga tidak asing daripada perubatan tradisional. Kebiasaannya di Mesir, masyarakat menggunakan bawang putih sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan minda anak anak. Ia juga digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan anggota badan terutama mereka yang alergi.  Perhatikan Ini  Di Shopee Bawang putih mempunyai kandungan protein, lemak, karbohidrat, besi, kalori, fosfor, vitamin A. Vitamin B, Vitamin C dan air. Bawang putih boleh menurunkan kolesterol,  tekanan darah tinggi, antioksidan dan menambah tenaga dengan stamina. Ia juga mempunyai kandungan germanium dan zat oksigen untuk mencegah penyakit kanser. Bawang putih juga boleh menurunkan kadar glukosa darah