Nuffang Ads

Jual Kereta Lama Anda Di Sini Dengan Harga Berpatutan

 Nak jual kereta lama? Tapi tak tau macam mana? Nak jual dekat mana? Harga Tak berbaloi? Nahh.. Di sini ada jawapannya. Bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk menjual kereta lama mereka, anda boleh guna myTukar. 



myTukar merupakan sebuah syarikat yang menggunakan aplikasi atas talian. Syarikat ini menjual kereta lama anda yang hendak anda jual secara lelong dengan bidaan kepada lebih 1,500 syarikat kereta terpakai di seluruh negara.

Kenapa harga tawaran myTukar  lebih tinggi daripada harga dengan cara kita menjualnya sendiri ke kedai kereta terpakai? Ini kerana pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak myTukar sangat terbaik sebelum kereta anda memasuki proses lelongan.



Terdapat 180  bahagian pada kenderaan yang akan diperiksa oleh juruteknik myTukar yang mahir dan berpengalaman dalam bidang automotif. Justeru, kesemua pembida yang berminat boleh mengetahui bagaimana keadaan kereta anda berdasarkan penelitian mereka. 


Baca juga >> Aksesori Penting Untuk Rider Motor

Kesemua syarikat yang menjadi pembida, akan membida kereta anda dengan harga yang mereka berani dan bidaan yang tertinggi sahaja akan ditawarkan kepada pemilik kenderaan iaitu anda. Mudah bukan?



Apabila ada bidaan yang ditawarkan, anda mempunyai 24 jam untuk sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut. Kalau anda terima, anda hanya perlu pandu kereta anda ke cawangan myTukar yang berdekatan dengan anda dan mereka akan menjelaskan nilai bayaran tawaran kereta kepada anda  pada hari yang sama. Antara lokasi mereka ialah Ipoh, Penang, Johor Bahru, Kuantan, Glenmarie, Puchong dan banyak lagi. 

  Boleh lihat di websit myTukar untuk mula menjual kereta anda atau ke Carsome Malaysia 

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2