Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2
Alhamdulillah, setelah sekian menunggu kira dalam bulan 11 gitu, pihak yayasan angkasa ada menghantar emel menyatakan yang aku telah berjaya dalam permohonan dan diminta hadir untuk temuduga. Aku pun pelik, rupa - rupanya ada temuduga juga. Ini lah yang paling aku tak suka, temuduga terutama dalam english.
Walau kecewa dengan kewujudan temuduga, aku pun membuat keputusan untuk pergi. Dia panggil temuduga dekat bangunan yayasan angkasa di Petaling Jaya. So aku gerak sehari sebelum, aku tido rumah mak sedarah aku di Selangor dan esoknya baru bergerak ke Petaling Jaya.
Dalam hati sungguh berdebar-debar dengan wujudnya temuduga ini. Hai. Siapalah yang wujudkan sistem temuduga ini. Segala persiapan telah aku siapkan, dari visi misi angkasa sehinggalah ke ahli lembaga pemegang amanah yayasan angkasa.
So pagi tu bergerak ke PJ dan sampai kira jam 8. Memang ramai dah yang sampai dengan kemeja putih segak bergaya bersedia untuk ditemuduga. Dalam hati aku waktu tu, memang tak de harapan lah nak dapat kalau ramai macam ini. Tapi nak buat macam mana, hadap jelah.
Dah baca >> Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
So mula-mula kami disediakan sarapan, dan selepas pada bermulanya sesi temuduga. Sesi aku agak lambat sedikit sebab aq sedikit lewat. Bukan lewat pun, cuma ada ramai yang datang awal. So sementara tengah beratur memang berdebar. Takut lah apa yang akan ditanya. Kalau dia tanya dalam english, memang tergagap-gagap lah jawabnya.
So nak dekat pukul 12 tu, sampai lah turn aku. So masuk-masuk ada 3 orang yang tengah tunggu di meja. Kami masuk berkumpulan, satu kumpulan 3 orang. So bila dengar je mula-mula orang tu cakap bahasa Melayu, memang lega gula. Dia suruh perkenalkan diri dan tanya apa yang kita tahu pasal angkasa ini. Tak banyak pun satu soalan je. Habis dia tanya ketiga-tiga orang tu, terus dia umumkan jumlah berapa yang kita dapat.
Aku pun eh, terkejut. Biar betul terus dapat ke pinjaman ni. Aku pun tanya dengan muka yang malu. Dia kata saya dah umum ni, memang dapatlah. Aku pun menangguk faham. Dalam hati serius gembira. Mudahnya interview yayasan angkasa ni. Lepas habis tu, dia bagi tau nanti kena datang semula untuk sesi pelancaran. Aku pun keluar dengan hati yang gembira.
Tunggu part yang seterusnya ~~~
Assalamualaikum berapa jumlah pinjaman yang diberi oleh Yayasan Angkasa ni untuk satu sem dan total untuk semua sem?
ReplyDeleteYayasan Angkasa tak bagi banyak since peruntukan pun tak banyak. Kebanyakannya dapat RM1500 setiap Sem keseluruhan bergantung pada bilangan sem.kalau 8 Sem, 8 darab dengan 1500. Itulah total. Yang terkini tak pasti berapa. Tapi mungkin tak lari jauh dari 1500
DeleteAssalamualaikum berapa jumlah pinjaman yang diberi oleh Yayasan Angkasa ni untuk satu sem dan total untuk semua sem?
ReplyDeleteAssalamualaikum, kalau kita mohon biasiswa yayasan angkasa ni kita ada terikat dengan apa-apa syarat ke dengan angkasa? Contohnya macam kena kerja bawah angkasa, atau ada kontrak apa-apa ke, begitu.
ReplyDeleteSetakat ni xde rasanya. Xde kontrak apa apa. Xde kena kerja apa apa. Tapi X tahulah kalau yang terkini ada perubahan. Boleh semak dekat website atau Facebook dia. Semoga membantu
Deletehi saya nak tanya, salinan dokumen untuk temuduga hanya bawa yang disebut dalam e-mail jemputan temuduga je ke? dan setiap salinan tu perlu pengesahan tak?
ReplyDeleteTengok pd arahan yg mereka keluarkan. Yg sye punya hari tu x ingt, tpi rsenya mcm perlukan pengesahan
Delete