Nuffang Ads

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

 Affiliate Marketing merupakan cara jana pendapatan pasif secara online yang sedang meningkat naik di Malaysia. Semakin banyak ecommerce yang menggunakan khidmat affiliate untuk menjalankan perniagaan mereka. Di Malaysia terdapat banyak platform Affiliate Marketing dan pada kali ini, pihak ShareDotCom akan senaraikan 3 platform Affiliate Marketing yang popular di Malaysia iaitu Accesstrade, Involve Asia dan Klikjer. 

1. Accesstrade Malaysia 

Accesstrade merupakan salah satu platform affiliate marketing yang sedang meningkat naik di Malaysia. Accesstrade yang sudah lama bertapak di Malaysia, bukan sahaja ada di sini, malahan ada juga di negara negara luar seperti Jepun, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara. Ini membuktikan bahawa platform ini sememangnya dipercayai. 

Dalam platform ini, terdapat pelbagai kempen yang boleh kita promosi seperti Shopee, Lazada, Zalora, Adidas dan banyak lagi ecommerce. Komisennya juga berbeza beza setiap kempen. Ada yang hanya 0.4% dan ada juga yang sehingga 100%. Antara kelebihan anda mendaftar dengan Accesstrade ialah laman webnya yang mesra pengguna. Maksudnya, laman webnya yang mudah kita fahami dan guna. Ini sangat membantu kita memahami lebih lagi. 

Di sebalik kelebihanya, ada juga kelemahannya iaitu komisen yang lambat disebabkan kena lalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum masuk ke akaun affiliate. Kempen di Accesstrade juga tidak sebanyak di Involve Asia. 

Ketahui lebih lanjut tentang Accesstrade Malaysia 


2. Involve Asia 

Involve Asia juga merupakan platform Affiliate Marketing yang popular di Malaysia dan Asia Tenggara. Sama seperti Accesstrade, Involve Asia juga mempunyai ecommerce ecommerce yang menggunakan khidmat mereka seperti Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya. Involve Asia sangat terkenal dalam kalangan instafamous. 

Antara kelebihan Involve Asia, ia mempunyai kempen yang up to date dan banyak. Jadi lebih banyak kempen yang affiliate boleh promosi sekali gus meningkatkan pendapatan. Kekurangan ia pula, sama seperti Accesstrade, iaitu komisen juga lambat dibayar kepada affiliate kerana melalui proses yang sama. Laman web ia juga sedikit mengelirukan dan tidak berapa mesra pengguna sekiranya anda masih kurang dalam IT. 

Pendaftaran di Involve Asia juga akan ketat di mana mereka menapis setiap pendaftaran kerana mereka hanya mahukan affiliate affiliate yang mempunyai trafik yang tinggi. Sekiranya anda tidak mempunyai trafik yang tinggi, seeloknya anda daftar dengan Accesstrade.

Ketahui lebih lanjut tentang Involve Asia Malaysia


3. Klikjer 

Klikjer platform affiliate tetapi berbeza dengan Accesstrade dan Involve Asia. Di platform Klikjer, hanya ebook yang dijual dan perlu dipromosikan oleh affiliate. Ebook ebook tersebut merupakan ebook yang bagus dan mendapat permintaan ramai. 

Komisennya juga agak tinggi sehingga 50%. Sekiranya harga ebook tersebut berharga RM 100, kita boleh dapat RM 50 sebagai komisen. Tinggi bukan.?

Apa yang membuatkan Klikjer ini menarik ialah, komisennya dibayar secepatnya. Sekiranya komisen terhasil bulan ini, sekiranya tiada apa apa masalah, kita sudah boleh dapat komisennya bulan seterusnya. Ia sangat berbeza dengan Accesstrade dan Involve Asia. Jadi sesiapa yang memerlukan duit segera, mungkin boleh berfikir untuk mendaftar dengan Klikjer. 

Kekurangannya pula hanya produk tersebut terhad iaitu hanya promosi ebook. Tapi jangan risau ebook tersebut ada pelbagai jenis dan semuanya mendapat permintaan tinggi. 

Ketahui lebih lanjut tentang Klikjer 


Seperti yang kita tahu, Affiliate Marketing ini merupakan mempromosikan produk orang lain secara talian. Setiap produk yang berhasil terjual akan diberikan komisen. Ia berbeza dengan dropship dimana dropship memerlukan anda mengeluarkan modal, menguruskan pelanggan dan menguruskan pengeposan. Affiliate Marketing pula tidak memerlukan modal, tidak perlu melayan karenah pelanggan dan juga tidak perlu uruskan produk. Apa yang affiliate(orang yang membuat affiliate marketing) perlu buat ialah hanya mempromosikan produk di platform platform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Disebabkan perniagaan online semakin meningkat, semakin ramai yang menggunakan khidmat ini. Bagi pihak ShareDotCom, kami sarankan agar anda mendaftar dengan ketiga tiga platform ini. Tidak rugi apa apa. Tambahan pula, tiada sebarang bayaran dikenakan. Itu sahaja buat kali ini. Semoga berjaya sesiapa yang mahu menyertai affiliate ini. Macam biasa, sekiranya ada soalan, boleh komen di bawah. Semoga berjaya dan satu lagi, teknik untuk korang buat affiliate marketing, boleh baca ni Teknik Affiliate 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2