Nuffang Ads

10 Amalan Pelajar Cemerlang Dalam Kelas

 Pelajar banyak menghabiskan masa belajar mereka di dalam kelas. Jadi sangat penting untuk mereka mengetahui amalan amalan pelajar cemerlang lakukan ketika mereka berada di dalam kelas.



1. Duduk di barisan hadapan. 

Ini merupakan perkara yang penting untuk mendapat ilmu. Dengan kedudukan yang lebih dekat dengan guru, kita lebih senang dan jelas mendengar ajaran guru serta dapat mudah bertanya sebarang persoalan yang timbul.

2. Memberi Fokus

Ini juga sangat penting ketika berada di dalam kelas. Duduk sahaja di hadapan tapi masih bermain main dengan rakan tidak mencerminkan amalan pelajar cemerlang. 

Jaga jaga Awas Perkara ini di Shopee

3. Pasang telinga 

Mendengar merupakan salah satu elemen penting dalam kita menuntut ilmu. Sekiranya kita tidak mendengar, maka ilmu payah nak dapat. 



4. Buat catatan

Catatan sangat penting ketika pembelajaran. Selain membuat kita tidak ngantuk, ia juga melatih otak untuk terus berfikir. 

5. Tunjukkan minat

Minat tidak boleh dipisahkan dengan pelajaran. Sekiranya pelajar tidak berminat dengan pembelajaran, maka urusan menuntut ilmu sangat payah. 

6. Awasi minda 

Ini sama seperti memberi fokus. Pastikan otak, mata dan telinga memberi fokus yang penting kepada guru. Pastikan minda kita tidak terfikir perkara yang jauh menyimpang dari pembelajaran. 

7. Dengar dan Faham 

Mendengar tapi memahami itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadi sangat penting untuk mendengar dan memahami. 

8. Elak gangguan

Gangguan sememangnya tidak akan pernah berhenti maka oleh itu kita sebagai pelajar sendiri perlu tahu cara menangani gangguan tersebut. 



9. Persediaan awal. 

Persediaan sangat penting dalam apa jua perkara. Dengan bersedia lebih awal, kita akan lebih memahami dan bersemangat untuk menanyakan soalan. 

10. Buat semakan

Kita sering lupa apa yang kita belajar selepas habis waktu belajar. Jadi penting untuk kita untuk membuat semakan dan ulang kaji untuk kuatkan pemahaman dan ingatan. 

Semoga semua amalan ini dapat membantu kita semua untuk menjadi insan cemerlang yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2