Nuffang Ads

Graduan IPT- Cari Kerja Yang Anda Inginkan Disini

Laman web Maukerja merupakan laman web mencari kerja yang tersohor namun kebanyakkan graduan kurang mengetahui perihal laman web ini. Di sini, anda boleh mencari pelbagai kerja, di mana mana sahaja serta dengan gaji yang anda inginkan. Sebelum anda ingin memohon kerja di laman web ini, pastikan anda sudah mempunyai akaun di Maukerja. Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun, jangan risau, anda boleh mendaftar akaun anda di sini. Caranya mudah dan cepat. Sekiranya sudah ada, anda boleh terus log in di situ. 

Langkah langkah untuk mendaftar di Maukerja.

1. Pergi ke Maukerja.my.

2. Klik pada register/login atau log masuk untuk melihat gaji.

3. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan pilih sama ada nak teruskan guna Facebook atau Google.


4. Selepas dah masukkan maklumat itu, pilih sama ada kod TAC anda dihantar melalui Whatsapp atau SMS.

5. Anda akan menerima kod TAC dan masukkan pada ruangan yang di minta.

Sudah siap dan sekarang anda boleh cari kerja yang anda minat serta gaji yang anda inginkan. Lebih sempurna kalau anda boleh masukkan terus resume anda di sini. Laman web ini sangat berguna kepada mereka-mereka yang sedang mencari pekerjaan. Hampir semua majikan akan meletakkan jawatan kosong mereka pada laman web ini. Namun masih ramai yang kurang cakna perihal laman web ini. Akibatnya, banyak kerja yang terbiar kosong begitu sahaja.Kongsikan maklumat ini dengan rakan- rakan anda yang juga sedang mencari kerja. Untuk lebih mudah, kongsikan terus artikel ini kepada mereka. Senang supaya mereka boleh daftar dan mencari kerja di sini. Mana tau, berkat kita membantu kawan kita, kita akan dapat kerja yang kita inginkan. Selamat Berjaya !!!

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2