Nuffang Ads

Tips dan Cara Cemerlang Dalam Pelajaran

Mungkin seringkali kita biasa dengar tip-tip untuk skor dalam peperiksaan namun seringkali juga tip-tip tersebut seperti tidak menampakkan hasil. Oleh sebab itu, dalam artikel kali ini akan dikongsi dengan pembaca beberapa tip luar biasa yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar cemerlang di luar sana untuk berjaya dalam exam mereka . Tips ini sesuai untuk pelajar sekolah dan juga pelajar universiti.

1. BAWA MINUMAN AIR  KOSONG 

 Air dapat mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas dan juga membekalkan oksigen ke dalam tubuh badan sekaligus membuatkan kita bertenaga di dalam kelas. Apa yang boleh dipraktikkan terhadap air ini ialah ketika sesi pembelajaran, bukalah penutup botol air kosong tersebut dan biarkan lah ilmu ilmu yang terdengar itu masuk ke dalam air dan apabila sesi pembelajaran telah habis, minum lah sedikit demi sedikit dengan penuh harapan semoga ilmu tadi insya Allah kekal dalam kepala kita. Memang macam tidak logik tapi percayalah cara ini telah digunakan oleh para-para ilmuwan di luar sana. 

2. AJARLAH WALAU SEDIKIT 

Cara ini lebih seperti bersedekah. Apabila kita bersedekah, Allah akan melipat gandakan pahala kita. Sama seperti belajar, ajar lah sedikit pun sahabat kita walaupun kita sendiri tidak tahu sangat mengenai tajuk tersebut. Boleh jadi apabila kita membantunya sedikit, Allah beri kemudahan kepada kita untuk memahami tajuk yang sukar itu. Cubalah sehari sekali berkongsi apa apa ilmu pada rakan rakan dengan harapan Allah memberi kita seganda lagi ilmu pengetahuan. 

3. RAPATLAH DENGAN GURU

Guru atau pensyarah ialah orang yang penting dalam bab ilmu ini. Semakin kamu rapat dengan guru semakin mudah ilmu itu masuk. Sesi pembelajaran online ketika ini menyukarkan kedua dua belah pihak sama ada sebelah pelajar dan juga sebelah murid. Jadi dengan memudahkan urusan guru seperti menjawab salam, mengucapkan terima kasih dan juga menjawab apabila ditanya sedikit sebanyak merapatkan hubungan pelajar dan guru. Mudah mudahan itu menjadi asbab utama keberhasilan pelajar. 

4.BANYAKKAN MENULIS

Bagi subjek-subjek membaca, kebanyakan pelajar sukar mengingat fakta fakta penting. Ini dibuktikan dengan ramai yang tidak skor pada subjek subjek membaca. Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mempraktikkan menulis secara maksimum. Sebagai contoh, sekiranya kita menjawab soalan esei sejarah, pastikan kita buat dahulu esei yang betul dan tepat, kemudian daripada esei tersebut kita tulis berulang kali sehingga kita benar-benar ingat. Pada awalnya kita akan sering melihat pada jawapan asal tapi lama kelamaan kita akan boleh menulis tanpa melihat pada jawapan asal. Amalan menulis ini boleh ditingkatkan apabila sudah hampir kepada peperiksaan tersebut. 

5. AYAT SURAH AL A'LAA



Ayat ini sering digunakan oleh pelajar setiap kali selesai solat. Caranya setiap kali selepas solat, letakkan tapak tangan pada ubun-ubun kepala dan bacakan ayat sebanyak ini tujuh kali. Insya Allah, anda akan melihat peningkatan anda dalam pembelajaran insya Allah. 

Ini merupakan sedikit sebanyak tips yang telah dikumpulkan dari mereka-mereka yang ingin membantu pelajar - pelajar di luar sana khusus untuk pelajaran mereka. Bantulah sahabat-sahabat anda dengan berkongsi tips ini kepada mereka atau menghantar link artikel ini kepada mereka. Moga moga ia menjadi amalan pahala kita yang berterusan.. Amin.








Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2