Masyarakat Ideal Madinah
Madinah atau lebih dikenali dengan nama Madinah Al-Munawwarah merupakan tunjang pertama kebangkitan umat islam di rantau Arab. Hal ini kerana, Madinah merupakan kota pertama umat islam yang mempunyai kerajaan sendiri dan Rasulullah SAW menjadi ketua negara. Pada asalnya kota Madinah dikenali dengan nama Yathrib, namun selepas peristiwa penghijrahan umat islam nama Yathrib itu telah ditukar kepada Madinah oleh Baginda Nabi Muhammad sendiri. Sebelum kedatangan islam, Kota Madinah merupakan satu penempatan yang agak mundur dari segi politik dan kemasyarakatan. Penduduknya sering berperang sesama sendiri dan penindasan berlaku di mana-mana sahaja. Namun sebaik sahaja islam masuk ke Madinah, kota tersebut menjadi maju dan penduduknya hidup dalam keadaan yang harmoni sekali. Nilai dan pengajaran yang Rasulullah terapkan pada penduduk Madinah itu sendiri telah membawa keharmonian dan kedamaian kepada mereka walaupun hidup dalam pelbagai suku dan agama. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat islam di Madinah wajar dijadikan contoh sebagai model masyarakat islam bagi umat islam masa kini.
Dah baca >> Betulkah garam putih berbahaya
Salah satu faktor utama yang menjadikan masyarakat islam
Madinah sebagai masyarakat ideal ialah pandangan jauh pemimpin. Sebaik sahaja
Rasulullah tiba di Madinah, selain membina masjid baginda telah memperkukuhkan
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Muhajirin merupakan penduduk Mekah
yang berhijrah bersama Rasulullah manakala Ansar merupakan penduduk asal Madinah. Persaudaraan ini menjadi lebih
menarik apabila kesediaan penduduk Madinah itu sendiri yang sangat mengagungkan
antaranya Saad bin Rabi. Beliau merupaskan orang yang paling banyak harta di
kalangan orang Ansar. Beliau telah menawarkan untuk membahagikan sebahagian
hartanya dan seorang isteri kepada Abdurrahman bin Auf walaubagaimanapun
sahabat nabi itu menolak dengan baik. Perkara ini selaras dengan firman Allah
dalam Surah Al-Hujurat ayat yang ke 10 iaitu: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu
adalah bersaudara. Selain itu juga, untuk terus memperkasakan keamanan dan
kedamaian dalam masyarakat Madinah, Rasulullah telah mewujudkan satu
perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Piagam ini
merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.Antara perkara asas yang
terkandung dalam piagam ini ialah Rasulullah sebagai ketua negara, semua
pendudukan Madinah hendaklah bersatu sebegai satu ummah, sama-sama mempertahankan
Madinah daripada ancaman luar dan kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
Selain masyrakat islam, Madinah juga dihuni oleh orang Yahudi. Keselamatan
orang Yahudi juga akan terjamin sekiranya mereka terus taat dengan perjanjian
piagam tersebut. Piagam ini mengandungi banyak fasal yang berhasil membawa
kemajuan dan keamanan kepada penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama.
Walaupun Perlembagaan Malaysia telah dirangka oleh Suruhanjaya Reid,
perlembagaan ini hampir sama dengan Piagam Madinah. Antaranya Fasal 25 dalam
piagam Madinah iaitu kebebasan mengamalkan agama masing-masing sama dengan
Perkara 3 Fasal 1 dimana Islam adalah agama perseketuan tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan. Antara lainnya, seseorang itu tidak terbukti bersalah sehingga
terbukti salah, hak asasi manusia, mengakui kewujudan dan kepentingan kaum lain.
Kandungan-kandungan seperti ini amat penting dalam sesebuah negara khususnya
negara yang berbilang bangsa dan agama bagi terus mengekalkan keamanan yang
ada. Kejayaan Madinah menjadi bangsa yang unggul bukan sahaja disebabkan
kehebatan pemimpin tetapi kesediaan rakyat untuk terus mempercayai ketuanya.
Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa umat islam
sebenarnya mempu hidup bertoleransi dan aman damai dengan orang dari agama yang
berlainan. Negara islam Madinah telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh
hidup aman damai di bawah pemerintahan islam meskipun dia bukan orang yang
seagama dengannya. Sungguhpun demikian, belum ada lagi sejarah mencatatkan
orang islam boleh hidup aman damai dibawah pemerintahan bukan islam. Tuntasnya
disini islam itu merupakan agama yang menyeluruh dan bukan sahaja untuk orang
Arab malahan islam adalah untuk semua umat manusia. Akhir sekali, dengan
menjadikan penduduk Madinah sebagai contoh, umat islam di dunia khususnya di
Malaysia mampu bangkit dan menjadi bangsa yang unggul di atas muka bumi ini.
Comments
Post a Comment