Alhamdulillah - Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa
Kesemua mereka yang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi sememangnya memerlukan duit yang banyak. Semakin kita besar, semakin kita mahu mengurangkan beban kos pembelajaran yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa kita. Itu juga termasuk aku.
Sebaik sahaja aku mendapat tawaran untuk sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, aku terus mencari sebarang biasiswa atau pinjaman boleh ubah. Aku tak mahu ambil PTPTN kerana sudah tidak ada keistimewaannya berbanding dahulu. Walaupun dapat keputusan cemerlang, tetap perlu membayar pinjaman tersebut.
Jadi aku berusaha untuk mencari biasasiwa dan mengelakkan PTPTN. Setelah puas mencari, akhirnya aku terjumpa pembiayaan pendidikan yayasan angkasa dan kebetulan waktu itu pembiayaan tersebut baru sahaja buka. Jadi aku cepat-cepat membaca kesemua syarat-syarat yang mereka tetapkan.
Ada juga beberapa persoalan yang kurang aku faham, jadi aku pun call pihak yayasan angkasa dan mendapat layanan yang sebaiknya daripada mereka. Akhirnya, setelah meneliti segala nya, aku memohon pembiayaan tersebut. Permohonan itu hanya dibuat online. Dan sebelum itu, kita kena beli nombor pin RM 10 menggunakan jom pay yang pihak yayasan sediakan di laman web mereka.
Setelah dibeli, dalam tempoh 48 jam, mereka akan menghantar nombor pin tersebut pada telefon kita, jadi pastikan masuk nombor telefon yang aktif ketika membeli nombor pin tersebut. Setelah dapat semua nombor pin tersebut, barulah boleh memohon pembiayaan tersebut.
Kita juga perlu sediakan borang-borang yang mereka inginkan. Tahun 2019 bermulanya semua borang di isi online berbanding tahun sebelum ini di mana mereka yang memohon perlu hantar permohonan itu sendiri ke yayasan angkasa by hand di Petaling Jaya. Jadi tahun ini telah dipermudahkan oleh pihak yayasan angkasa.
Sambung di Part 2
Comments
Post a Comment