Huawei Watch GT 2 - Jam Pintar Terbaik
Huawei bukan asing lagi dalam dunia elektronik. Dengan pelbagai gajet dan juga telefon pintar, ia telah menarik ramai pembeli di seluruh dunia. Syarikat yang berpengkalan di China itu sentiasa mempunyai gajet-gajet yang terbaru dan menarik. Antara salah satu peralatan elektronik yang telah menarik ramai orang untuk membeli ialah Huawei Watch GT 2.
Jam Pintar ini dikeluarkan dengan pelbagai warna mengikut sesetengah kawasan. Maksudnya, ada warna tertentu yang hanya ada di sesetengah tempat. Misalnya di Malaysia, warnanya hanyalah Brown, Black, Lake Cyan dan Gold Elegent. Harga yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. Harga yang dijual di Huawei Store untuk saiz 42mm berharga RM 799 manakala yang bersaiz 46mm berharga RM 899. Tetapi untuk mendapatkan harga yang lebih murah, boleh tengok di Shopee atau Lazada.
Harga yang ditawarkan di Shopee dan Lazada sudah tentu lebih murah daripada yang asal, dan mereka juga ada memberikan beberapa hadiah percuma sebagai tanda terima kasih mereka kepada pembeli. Penjual Shopee yang saya beli ada memberikan sebuah botol dan juga jam huawei punya strap. Agak berbaloi memandangkan ianya penjual yang dipercayai dan sememangnya original.
Jam yang saya beli ialah saiz 42mm warna lake cyan. Antara ciri-ciri pintar yang ada dalam jam ini ialah, ia boleh mengira nadi kita, boleh mendengar lagu, boleh semak cuaca, boleh connect dengan Android, boleh semak tahap kestresan kita. Tetapi, jangan salah sangka, hanya yang saiz 46mm sahaja yang mempunyai speaker, yang 42mm tiada speaker. Jadi, kalau 46mm boleh dengar lagu dan jawab telefon. Berbeza dengan 42mm yang hanya boleh mendengar lagu dan menjawab telefon melalui Bluetooth earphone. Antara freegift yang saya dapat dari penjual ini.
Saya juga tidak perasan asalnya. Saya ingat semua ada speaker tapi hakikatnya tidak. Tapi tidak mengapa. Nasi sudah menjadi bubur. Yang 42mm ini pon masih okay. Segak dan nampak Elegent. Cas pengesanannya juga agak laju. Dikatakan baterinya bertahan selama 2 minggu tapi apa yang saya guna seminggu sahaja. Mungkin disebabkan kerap mendengar lagu dan connect dengan telefon.
Kedai Shopee yang saya beli ini sangat dipercayai dengan pelbagai barang original. Kesemua komen semuanya baik baik belaka. Jadi tidak rugi untuk anda membeli peranti Huawei di sini. Dapat banyak freegift lagi. Warranty sudah tentu ada. Paling jangan lupa beli waktu Sales macam 10.10, 11.11 dan so on.
Comments
Post a Comment