Makanan Yang Mencerdaskan Otak
Otak merupakan organ dalaman yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Segala keputusan dan gerak tubuh manusia bertitik tolak daripada otak manusia. Oleh sebab itu, otak yang cerdas akan melahirkan pemikiran dan tindakan yang bijak. Dengan itu, kami di Share.com ingin berkongsi dengan pembaca semua, antara makanan yang dapat mencerdaskan otak.
1. Telur
Telur sememangnya diketahui banyak khasiatnya terutama telur ayam kampung. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Semua ini penting dalam membuat otak lebih cerdas.
2. Tiram
Tiram merupakan makanan laut yang tinggi zat besinya. Ia juga diketahui dengan tinggi kandungan zink yang sangat baik untuk otak. Menurut kajian, tiram dapat meningkatkan daya ingatan.
3. Kismis
Kismis sangat tinggi kandungan zat besi di mana zat besi ini sangat baik dalam pertambahan darah. Darah yang banyak memastikan oksigen yang cukup sampai ke otak. Kismis juga dapat mengatasi penyakit lupa, mengantuk dan lemah dalam berfikir.
4. Susu segar
Susu adalah campuran elemen air, protein dan lemak. Selain kalsium untuk tulang, susu memberi tenaga kepada otak agar tidak mudah lupa.
5. Daun Salad
Daun salad sangat membantu dalam sistem pernafasan. Sistem pernafasan yang lancar dapat membantu otak berfikir dengan lebih baik.
6. Buah Mangga
Buah mangga sememangnya banyak khasiatnya. Antara salah satu khasiatnya ialah mempunyai asid glutamik yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan.
Sebenarnya, banyak lagi makanan berkhasiat yang boleh membantu mencerdaskan otak. Cuma untuk post kali ini, share.com berkongsi beberapa sahaja makanan. Semoga dengan sedikit info ini dapat membuat otak kita lebih cerdas dan berjaya dalam hidup.
Comments
Post a Comment