Nuffang Ads

Perkara Yang Menyebabkan Otak Menjadi Rosak

 Otak sememangnya umum mengetahui sangat penting dalam kehidupan seharian. Otak yang baik akan menghasilkan perkara yang baik dan juga otak yang rosak boleh menghasilkan perkara yang tidak elok. Jadi apa penyebab sekiranya otak menjadi rosak.



Post kali ini, share.com akan berkongsi beberapa sebab otak menjadi rosak. 

1. Tidak ambil sarapan 

Ramai yang tahu sarapan sangat penting dalam memulakan kehidupan seharian. Dengan tidak mengambil sarapan pagi, gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrisi pada otak berkurangan dan menjadi kurang aktif. 

2. Terlebih makan

Ini banyak  dilakukan oleh orang ramai terutama orang Asia. Terlebih makan akan menbebankan saluran darah pada otak dan mengurangkan kuasa otak untuk berfikir.

3. Terlebih tidur



Ini juga perkara yang selalu dilakukan oleh orang ramai. Tidur yang berlebihan diketahui menyebabkan sel-sel otak mati. 

4. Pencemaran udara

Otak sangat memerlukan oksigen untuk berfungsi. Pencemaran udara yang menyebabkan bekalan oksigen berkurangan boleh mengurangkan bekalan oksigen ke otak sekaligus menjejaskan keaktifan otak. 

5. Kurang berfikir dan berimaginasi


Kurang berfikir dan kurang berimaginasi akan menyebabkan otak kita menjadi kurang aktif. Oleh itu, tahap kecerdasan otak dan keaktifannya berkurang. 

6. Merokok 

Asap rokok merupakan salah satu bahan kimia yang bahaya. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas dan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. 


7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil tutup muka akan menyebabkan kita menyedut kembali karbon dioksida yang telah kita lepaskan ketika tidur. Karbon dioksida ini boleh merosakkan otak

Sekian saja untuk post kali ini. Semoga dapat membantu. Terus up to date untuk tip-tip yang lebih menarik. 

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Cara Buat Duit Online Dengan ACCESSTRADE - Affiliate Marketing

Cara Buat Duit Online Dari Rumah