Nuffang Ads

CARSOME - Platform Beli Kereta Terpakai No 1 Di Malaysia


 

Sekiranya anda behasrat untuk membeli kereta terpakai yang terbaik, Carsome merupakan sebuah platform yang tepat. Platform ini memberi peluang kepada pengguna untuk membeli kereta secara  mudah, pantas dan dipercayai. Carsome telah beroperasi  di Malaysia sejak tahun 2016. Sehingga kini, hampir 40,000 kereta terpakai telah terjual setiap tahun menunjukkan bahawa kepercayaan orang ramai terhadap platform atas talian ini.

KENAPA CARSOME LEBIH BAIK DARI PLATFORM YANG LAIN 

1. Kereta Terpakai Berkualiti 


Hanya 1 daripada 40 buah kereta yang didaftarkan, diluluskan untuk dijual di platform Carsome.  Carsome hanya memilih kereta terpakai yang berkualiti dan terbaik untuk pelanggan-pelanggannya. Semua kereta yang diluluskan ini dianugerahkan dengan Carsome Certified yakni kereta tersebut lulus pemeriksaan sebanyak 175 titik pemeriksaan dengan prosedur yang ketat, seperti tidak mengalami sebarang kemalangan besar atau kerosakan struktur ataupun banjir. Dengan itu, pelanggan tidak risau untuk membeli kereta terpakai di Carsome.



2. Maklumat di Hujung Jari


Pembelian kereta di Carsome boleh dilakukan secara dalam talian di laman web mereka. Pelanggan boleh mencari dan memilih kereta terpakai yang sesuai dengan keinginan dan bajet. Kesemua butiran mengenai kereta, dipaparkan termasuk paparan secara 360 darjah di bahagian dalaman dan luaran kereta. Selain itu, Carsome juga turut menyenaraikan ketidaksempurnaan, laporan pemulihan dan harga akhir bagi setiap kereta. Kalkulator pembayaran pinjaman juga turut disediakan untuk membantu pelanggan merancang sendiri bajet.

3. Membeli Tanpa Ragu-Ragu


Dengan kerjasama di antara Carsome dan juga Allianz Partners, semua kereta yang terdapat di sini dan  dibeli di platform Carsome, dilindungi dengan waranti selama setahun dan ini disahkan dengan Carsome Certified beserta jaminan wang dikembalikan selepas lima hari seperti dinyatakan di Carsome Promise



Antara kereta yang terjual di Carsome ialah bermula daripada jenis sedan, Hatchback, SUV, MPV dan banyal lagi. Anda hanya perlu ke pergi laman web mereka, cari kereta yang anda idamkan. Jika sudah sesuai dengan bajet, anda boleh temu janji untuk test drive. Musim PKP ini, Carsome telah mensanitasi luaran dan dalaman kereta, selaras dengan SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Jika sudah puas hati dan setuju, selepas pembayaran dibuat, anda boleh pilih sama ada mahu ambil di premis mereka atau  mereka akan hantar terus  ke lokasi rumah anda. Selepas  pembelian disahkan, Carsome akan menguruskan segala proses keseluruhan bagi pelanggan untuk memastikan pengalaman pelanggan dari atas talian hingga ke luar talian berjalan dengan lancar.  Untuk memastikan kepuasaan pelanggan terjamin, Carsome memberi jaminan pulangan wang dalam tempoh 5 hari selepas tarikh pembelian.

Jika anda anda juga berhasrat untuk menjual kereta terpakai anda, anda boleh menggunakan sahaja platform Carsome ini juga.

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2