Nuffang Ads

DROPSHIP MALAYSIA - FIKIR DUA KALI JIKA ANDA MAHU JADI EJEN

Buat mereka yang berhasrat menambah pendapatan melalui ejen dropship, harap dapat membaca artikel ini terlebih dahulu supaya dapat membuat keputusan dengan betul. Sekarang semua sedia maklum ekoran pandemik ini, ramai yang terjejas punca pendapatan. Oleh itu ramai yang tercari cari akan cara untuk membuat pendapatan sampingan terutama menjadi ejen dropship. Bukan nya menjadi dropship ini tidak bagus, dengan situasi semasa, pekerjaan dropship ini sedikit berisiko kerana kita terpaksa berhadapan dengan pelanggan. Pergerakan kita juga agak terbatas ekoran daripada PKP yang dilaksana kerajaan. Ini sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan dropship kita. Kadang kadang komisen yang kita peroleh juga tidak dapat buat balik modal. Memang benar dropship ini boleh mendatangkan pendapatan sampingan, ada juga yang menjadikan dropship ini sebagai hobi mereka masa rehat, namun ekoran dari keadaan semasa, ia sedikit sebanyak merencatkan imej dropship tersebut. 


Jadi apa lagi yang kita boleh buat untuk jana pendapatan sampingan? Salah satunya dengan mencari pendapatan pasif atau affiliate. Pendapatan pasif ini macam, kita tak buat apa apa pun tapi duit tetap masuk. Contohnya menjadi agen simkad. Sekarang, pihak syarikat telekomunikasi sedang berlumba lumba untuk menambah pelanggan mereka terutama ketika musim pandemik ini di mana kita sangat memerlukan Internet. Salah satunya ialah seperti Tunetalk dan Tonewow. Jadi mereka telah mengeluarkan modal yang besar untuk menarik orang menjadi ejen mereka. Jadi ejen ini lah yang akan mempromosi pelan pelan internet yang ditawarkan syarikat. Jadi apa yang pendapatan pasifnya? Macam ni, setiap pelanggan yang membeli simkad melalui ejen, setiap kali pelanggan topup, komisen akan masuk ke ejen. Komisen berbeza beza. Mudah bukan? Ramai je sahabat saya yang menjadi ejen simkad ini. Memang status whatsapp, story IG dan Facebook penuh dengan iklan simkad mereka. Kadang-kadang mereka pun tunjuk pendapatan mereka. Ada yang lima ratus, tujuh ratus, ribu ribu pun ada. Cuma awal awallah mereka kena berusaha lebih untuk cari orang pakai simkad mereka. Kalau tak ramai guna simkad mereka, tak banyaklah komisen mereka dapat.


Satu lagi apa yang kita boleh buat untuk jana duit sampingan ialah affliate. Bila sebut affliate memang ramai yang tak tahu, tak pernah dengar dan takut sebab bahasa inggris. Affliate tu nama je inggris tapi bahasa simple dia promosi barang online. Jadi macam mana tu? Affliate ini macam ini, kita promosi barang dekat whatsapp ke, facebook ke atau IG, lepas tu ada orang beli melalui link kita (setiap affliate tu akan diberikan link yang berlainan dengan orang lain), lepas tu kita dapat komisen. Mudah bukan? Kalau nak tahu kebanyakan blogger dapat duit melalui affliate  nilah. Sebab apa affliate ini mudah? Pertama, kita hanya promosi barang itu secara online maksudnya kalau ada telefon memang sangat sesuai. Kita juga tak payah pening kepala fikir tentang pos barang, nak layan kerenah pelanggan yang macam macam perangai. Ini semua apa yang kita dapat kalau buat dropship kan. Nak kena layan kerenah pelanggan, nak kena cod sana sini lagi. Ada je yang tak kena kalau melibatkan pelanggan tapi affilate ini lain. Kita hanya promosi barang dan peniaga yang uruskan semuanya. Kan mudah je tu dapat duit. Sebab tu bagi kami, lebih baik pikir sebaiknya kalau nak buat dropship sebab bukan apa kita, kita dah ada alternatif yang lebih baik iaitu affliate. Ramai yang langsung tak tahu affliate ni. Jadi rugi lah kalau kita tak ambil peluang ni. Antara platform affliate yang terkenal dekat Malaysia ialah Accestrade. Boleh cari kat Internet pasal accestrade ni.


Jadi fikirlah sebaiknya. Mana yang lebih baik. Kalau rajin, boleh je buat tiga tiga sekali tapi bagi kami, the best still pada affiliate. Boleh baca ini untuk memahami kebaikan affiliate


Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2