Nuffang Ads

Cara Buat Duit Online Dari Rumah

 Musim pandemik ini, ramai di antara kita yang terjejas teruk dari segi pendapatan. Ini sekali gus mengganggu perbelanjaan seharian lebih lebih lagi jika seseorang itu berkeluarga. Oleh itu, hari ini pihak kami akan menyenaraikan sedikit sebanyak cara yang boleh buat duit online hanya dari rumah. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda.


1. Menulis Blog

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dengan menulis blog, kita boleh peroleh wang. Kebanyakan dari kita hanya tahu bahawa YouTube sahaja yang boleh beri kita duit. Blog juga boleh memberi wang sampingan kepada kita. Macam mana? Dengan Google Adsense. Google Adsense akan meletakkan iklan Google pada blog kita dan setiap kali ada orang Klik dan lihat iklan tersebut, kita akan dibayar. Kalau tak silap kami dibayar dalam mata wang USD. (boleh Google balik, takut maklumat kami salah).

Dekat internet, sudah semestinya blog blog ini ada dijual. Tapi buat kita yang kekurangan duit, jangan risau, ada juga blog yang percuma seperti Blogger dan WordPress. Anda boleh google sahaja cara nak buat blog ini di Internet. Tapi, ada tapi juga. Google sangat mementingkan kualiti blog tersebut. Sebab itu mereka akan menilai dulu blog tersebut sebelum diberi kebenaran menggunakan Adsense.

Antara kebiasaannya, blog mesti lebih dari 3 bulan dan mempunyai lebih 50 artikel artikel yang berkualiti. Bukan yang copy dari artikel orang lain. Lihat, ambil masa yang agak lama kalau kita mahu apply blog. Sekiranya anda mahukan wang segera, blog bukanlah pilihan untuk anda. Tapi hasil blog agak lumayan sebab dalam nilai USD.


2. Affiliate Marketing

Macam mana kalau tak nak buat blog? Ok, kalau blog agak lama, anda boleh cuba affiliate Marketing. Pernah dengar? Kalau tak pernah dengar, boleh google maklumat pasal affiliate Marketing. Dalam artikel ini, kami akan terangkan secara tidak langsung sahaja. Affiliate Marketing ini kita promosi produk orang lain secara atas talian.

Contohnya, kita pilih satu produk seperti telefon. Apabila kita sudah pilih, kita akan diberi satu link khusus kepunyaan kita. Jadi kita buat promosi tentang telefon tersebut sekali dengan link kita yang diberikan tadi. Boleh promosi dekat WhatsApp, Facebook atau platform platform lain. Bila ada orang Klik link dan beli telefon itu, kita akan dapat komisen. Itulah affiliate Marketing.


Kelebihan affiliate Marketing ini, kita tak perlu fikir pasal post barang, nak reply orang tanya. Kita hanya promosi Link dan orang beli, kita dapat komisen. Pertanyaan pertanyaan semua, penjual yang akan uruskan. Senang bukan? Affiliate dekat Malaysia ini sedang meningkat naik sebab makin ramai peniaga yang menggunakan khidmat affiliate. Jadi rugi sangat kalau abaikan peluang jadi affiliate ini.

Banyak sekarang platform platform Affiliate yang ada di Malaysia seperti Accesstrade, InvolveAsia, Klikjer dan banyak lagi. Tiga platform ini antara yang paling popular. Dalam platform Accesstrade dan InvolveAsia, Shopee juga menggunakan khidmat mereka. Jadi ini maksudnya, kita boleh pilih produk di Shopee dan promosikan di mana mana platform. Sekarang, ramai yang memilih untuk membeli belah di Shopee. Jadi rugi kalau kita abaikan.

 Kalau anda baru nak mencuba cuba dalam affiliate Marketing ini, kami sarankan anda menggunakan Accesstrade berbanding InvolveAsia. Kerana Accesstrade lebih user friendly berbanding InvolveAsia. Boleh baca lebih lanjut tentang Accesstrade. Tapi, Accesstrade dan InvolveAsia juga ada berbeza beza masa komisennya. Ada yang bulan depan boleh dapat, ada yang dua bulan baru dapat dan ada yang tiga bulan baru dapat. Jadi kena tengok dulu program yang kita apply. Apa apa pon baca dulu tentang Accesstrade.

Tapi kalau anda mahu duit bulan depan seterusnya terus dapat, anda boleh cuba klikjer. Klikjer juga antara platform affiliate Marketing khususnya untuk ebook. Maksudnya anda menjual ebook ebook ini. Apa yang menariknya ialah, komisen yang anda boleh dapat dari menjual ebook ebook ini ialah sehingga 50%. Bayangkan, kalau jual ebook berharga RM 100, anda boleh dapat RM 50. Itu baru satu. Anda boleh baca lebih lanjut dekat sini berkaitan Klikjer.

Itu dahulu cara cara yang boleh kita buat untuk dapatkan duit dari rumah. Semoga artikel kali ini membantu buat mereka yang memerlukan. Share artikel ini kalau anda rasa bermanfaat. Boleh komen untuk sebarang pertanyaan. Semoga berjaya dan kalau nak teknik untuk affiliate, boleh baca ni

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2