Nuffang Ads

Pelan Internet WiFi Rumah Termurah 2021

 Situasi sekarang memaksa ramai kalangan penduduk Malaysia tercari cari pilihan wifi terbaik buat mereka. Bagi ibu bapa pula, keperluan anak anak dan seisi keluarga menggunakan Internet adalah keperluan penting buat masa kini. Jadi tidak hairanlah semakin ramai yang tercari cari pelan wifi terbaik dengan harga yang terendah. Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi senarai pelan setiap penyedia perkhidmatan di bawah KTIC dengan harga yang terendah.


1. Unifi Try Me 30Mbps


Pelan Unifi Try Me 30Mbps ini merupakan pelan terendah bagi Unifi di bawah KTIC Group. Dengan harga serendah RM 89.00 sebulan, pengguna boleh mencapai sehingga 30Mbps kelajuan muatturun dan 10Mbps kelajuan muatnaik. Antara kelebihan menggunakan pelan ini ialah ini merupakan unlimited data dan sesuai untuk kegunaan keluarga di rumah. Pengguna yang membeli pelan ini perlu mengikut kontrak selama 2 tahun.

Baca lagi Pelan Unifi

2. Home Fibre 30Mbps UNLIMITED Internet Quota

Pelan Celcom di bawah KTIC Group ini menawarkan harga yang lebih rendah berbanding dengan pelan Unifi terendah iaitu RM 80.00 sebulan. Kelajuan muatturun dan muatnaik yang sama iaitu 30Mbps, menjadikan pelan ini agak baik berbanding pelan Unifi. Pengguna yang mahu pelan ini akan memperoleh pemasangan secara percuma dan mereka juga perlu mengikut kontrak selama 2 tahun. 

  

3. Time Fibre Package 100Mbps

Pelan ini sememangnya diketahui antara pelan yang paling popular dengan kelajuan Mbpsnya. Dengan berharga RM 99.00 sebulan, pengguna boleh peroleh kelajuan sehingga 100Mbps. Walaupun ia agak mahal sedikit, namun secara puratanya, pelan ini adalah yang terbaik dengan kelajuannya sekali. Sama seperti pelan yang lain, pelan ini juga memerlukan pengguna untuk mengikat kontrak selama 2 tahun.


4. Maxis Fibre 30Mbps.

Pelan Maxis ini hampir serupa dengan Unifi dan Celcom. Dengan kelajuan muatturun dan muatnaik yang sama iaitu 30Mbps, pengguna hanya perlu membayar RM 89.00 sebulan. Pelan unlimited ini sesuai untuk bilangan keluarga yang sedikit.


5. Digi Internet Freedom 90 50Mbps

Pelan ini sangat sesuai buat pengguna pengguna yang sedikit sahaja. Dengan harga RM 90.00 sebulan, pengguna boleh mendapatkan unlimited Internet dengan kelajuan sehingga 50Mbps. 


Itu antara pelan pelan terendah di bawah KTIC Group diantara penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Baca, beza dan bandingkanlah pelan pelan yang berbaloi untuk keluarga anda.

 Artikel di atas hanya menerangkan secara dasar sahaja dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pihak KTIC Group atau melayari laman web mereka. Semoga artikel ini membantu pengguna di luar sana memilih pelan wifi yang berpatutan dengan keperluan anda sekeluarga. Kongsikan artikel ini dengan sahabat dan keluarga anda.

Lihat lebih menarik tawaran Unifi Fibre

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2