Nuffang Ads

Ajaibnya : Air dan Garam Merawat Penyakit!

Dr. F. Batmanghelidj merupakan seorang doktor berbangsa Iran yang berpengalaman dalam merawat pesakit menggunakan air dan garam. Selepas Revolusi Iran, beliau disumbatkan ke dalam penjara dan ketika di penjara, ramai banduan yang sakit dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Dengan berbekalkan air dan garam sahaja, beliau telah merawat lebih 3000 banduan yang antara penyakitnya ialah asma, tekanan darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. Atas jasa beliau, hukuman penjara beliau telah diringankan.

Dah baca Motor Kapcai Terbaik 2020


Beliau juga menulis beberapa buku berkaitan penyembuhan menggunakan air. Antaranya ialah Your Body's Many Cries for Water dan ABC of Asthma, Allergies & Lupus : Eradicate Asthma. Menurut mereka yang pernah mencuba kaedah ini, sekiranya sakit kepala, kaki kejang atau sakit belakang, minum lah air dan letakkan sedikit garam  asli pada lidah. Jangan gunakan garam putih kerana garam putih itu sudah mengalami proses pelunturan sehingga hilang mineral-mineral penting.


Antara doktor lain yang meneruskan warisan air dan garam ini ialah Dr Barbara Hendel. Beliau ada menulis buku bertajuk Water and Salt. Beliau menggunakan resepi air dengan garam himalaya. Sekiranya semput kerana banyak lendir, penyembuhannya ialah dengan air dan garam yang berfungsi merangsang keluar lendir daripada paru-paru. Di dalam Islam sendiri sudah mengetahui akan kehebatan garam ini sejak sekian lama. Antara sunnah Rasulullah, Rasulullah memulakan makanan dengan secubit garam dan mengakhirinya dengan secubit garam. Harus di ingat, garam asli dan bukannya garam putih.



Garam pada air laut juga sangat elok untuk kesihatan. Ini kerana, air laut mengandungi semua mineral dalam jadual berkala. Air laut boleh melembutkan dan melicinkan kulit. Ia sangat sesuai untuk merawat penyakit kulit dan mengecutkan bengkak. Mandi laut juga boleh dianggap spa yang murah. Ini kerana, urutan ombak laut itu dapat meregangkan ketegangan otot. Pasir pantai juga boleh dijadikan scrub dan juga merawat penyakit sendi dan gout. Jadi, rajinlah bawa keluarga anda untuk ke pantai berbanding dengan taman tema air.

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2