Nuffang Ads

Cara Berniaga dan Buat duit di Shopee Malaysia

Anda peniaga baru dan tidak tahu untuk menggunakan kemudahan ICT yang ada ? atau anda peniaga yang jualannya tidak seperti yang diharapkan ? Nah ! Di sini ada jawapannya. Artikel kali ini akan berkongsi mengenai platform Shopee, platform jualan dalam talian terbesar di Malaysia. Aplikasi Shopee kini sudah pasti sentiasa ada dalam telefon pintar setiap rakyat Malaysia. Memandangkan pelbagai barang yang boleh diperolehi dan urusan pembelian yang memudahkan, ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam membeli barangan online. Jadi, jangan lepas kan peluang anda sebagai peniaga untuk memasarkan produk anda di platform ini.






KENAPA SHOPEE ADALAH PLATFORM TERBAIK ?

Mengapa ia merupakan platform terbaik untuk peniaga memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka di Shopee ialah Shopee merupakan platform e-dagang antara yang terbesar di Malaysia. Coverage nya yang luas serta rating yang tinggi dapat menarik ramai pengunjung ke platform tersebut sekaligus meningkatkan pemasaran produk anda. Ditambah pula dengan sale sale yang Shopee selalu buat, ia akan menarik lebih ramai pengunjung. Jadi anda tidak perlu berfikir untuk bahagian pemasaran kerana Shopee sudah ada bahagian pemasaran yang mantap.

Selain itu juga, bagi peniaga baru, untuk urusan pendaftaran peniaga juga tidak rumit. Anda juga tidak terikat dengan kontrak. Sebaik sahaja anda daftar di aplikasi Shopee, anda akan mempunyai dua akaun. Akaun Penjual dan Akaun Pembeli. Jadi, anda tidak perlu berpayah-payah untuk mendaftar sebagai seller. Hanya pastikan anda masukkan nombor telefon yang aktif untuk pengesahan.


Barang-barang di Shopee juga boleh dijual dengan pelbagai. Maksudnya, anda boleh menjual apa-apa sahaja produk anda di Shopee. Jadi sekiranya anda mahu menjual kasut bundle sekalipun, ia masih boleh diterima. Untuk berniaga di sini juga tidak susah, malahan sesiapa yang hanya suri rumah juga pun mampu mengendalikan platform Shopee mereka. Hanya dengan memasukkan gambar, isi butirannya berserta kos dan siap. Sekarang hanya tunggu pesanan masuk sahaja . Mudah bukan ?

Kos penghantaran juga ditanggung oleh Shopee. Peniaga boleh memohon subsidi penghantaran sehingga 5 kg. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan kos jika produk anda kurang daripada 5 kg. Untung bukan? Jadi sememangnya tidak rugi untuk peniaga-peniaga baru dan amatur untuk mengembangkan perniagaan mereka di sini.

Jika anda ingin terus unggul dalam peniagaan di Shopee ini, anda boleh dapatkan info di sini. Di sini, anda akan melihat peniaga-peniaga yang mampu menjana income sehingga 4 angka di platform Shopee. Jadi, jangan lepaskan peluang anda.

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2