Nuffang Ads

Awas: MSG!! Pembunuh Senyap Dalam Makanan

MSG (monososium glutamate) merupakan salah satu penambah perasa yang sering ditambah di dalam masakan tidak kira di rumah mahupun di restoran untuk menjadikan makanan tersebut menjadi lebih sedap. Namun demikian, ramai yang masih kurang sedar bahawa penambah perisa ini merupakan salah satu pembunuh senyap dalam makanan. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan makanan kita ini bebas daripada perasa ini.



MSG mula ditemui pada tahun 1908 oleh Dr Kikune Ikeda yang merupakan seorang ahli kimia di Imperial University of Tokyo. MSG pernah digunakan dalam masakan tentera Jepun ketika perang dunia II. Hari ini, MSG hampir digunakan dalam semua pengeluaran makanan segera, makanan diproses dan makanan di dalam tin. Kita memang sukar untuk terlepas daripada silent killer ini.


Apa yang MSG buat? Fungsinya ialah MSG merangsang deria rasa, membuatkan makanan yang biasa menjadi makanan yang lebih sedap. Bagaimana? Dengan menipu otak kita untuk merangsang sensitiviti deria rasa sehingga membuatkan makanan itu menjadi lebih sedap daripada biasa. MSG boleh menyebabkan penyakit-penyakit besar seperti Parkinson's, Alzheimer's, buta dan stroke.




Tahun 1968, Dr Onley menemukan yang MSG bukan sahaja merosakkan urat saraf mata malahan merosakkan urat saraf otak. Antara side effect MSG ini ialah sakit kepala, sakit dada dan hyperactive. Kesemua simptom ini akan menjadi lebih buruk sekiranya di ambil dengan perut yang kosong. MSG juga akan mempercepatkan perempuan untuk mencapai akil baligh dengan lebih cepat. Selain itu juga, perasa ini boleh menjadikan kita bodoh dan bingung.

Jelaslah di sini bahawa MSG yang ada di dalam makanan kita hari ini merupakan pembunuh senyap yang sedang merebak di dalam masyarakat kita. Menjadi kewajipan kita untuk memastikan bahawa makanan kita perlu seboleh - bolehnya dielakkan  perasa tersebut dalam makanan seharian kita. Kurangkan lah makanan yang diproses, makanan segera dan makanan di dalam tin. Tuntasnya kini, bagaimana kah kita mahu melahirkan generasi muda yang unggul sekiranya kita tidak cakna akan pemakanan mereka? Bertindaklah segera!

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2