Bagi mereka yang sedang mencari motor kapcai yang terbaik, sememangnya honda mempunyai jawapan kepada pencarian anda.
Awal tahun 2020, Honda sekali lagi memberi cabaran baru buat saingan mereka iaitu Yamaha dengan memperkenalkan motor kapcai terbaik setaraf dengan motor y15 mereka iaitu Honda Rs150r Version 2.
Baca juga >> Masyarakat Terbaik Sepanjang Zaman
Motor ini merupakan Version kedua selepas motor daripada Version pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Bagi mereka yang suka ride jauh-jauh, motor ini memang sangat terbaik. Motor ini didatangi dengan 4 pilihan warna iaitu Trico, Hitam, Biru dan Edisi Repsol.
Harganya bermula dengan RM 8100 namun ia akan berbeza mengikut kedai dan kawasan. Ada sesetengah kawasan menghampiri RM 10k dan ada sesetengah kawasan hanya RM 9k sahaja. Ia amat bergantung pada tempat kawasan.
Jadi apa yang istimewa nya?
1. Motor ini hadir dengan enjin dohc dan juga gear kelajuan sehingga ke gear 6. Ini amat berbeza dengan y15 yang hanya sehingga gear 5. Jadi dengan kewujudan 6 gear ini, ia sangat lah sesuai untuk dibawa ride.
2. Motor Honda Version 2 ini juga dilengkapi dengan rim emas motor yang bergaya. Ia berbeza dengan Version pertama yang meletakkan warna hitam sebagai warna asas rim motor. Jadi sudah tentu motor ini terlihat lebih eklusif.
3. Motor ini juga telah beralih sepenuhnya kepada panel meter LCD. Ia melangkaui edisi pertama nya yang hanya menggunakan semi digital.
4. Motor ini juga menggunakan starter sepenuhnya. Jadi kalau bateri habis, tolak sahajalah motor anda ke kedai motor.
Motor honda rs150r v2 ini dilihat boleh menjadi saingan yang hebat kepada Yamaha tambahan dengan ciri-cirinya yang sangat menarik. Tidak salah lagi ia telah menjadi trend pengguna motor kapcai sekarang terutamanya geng-geng abah rider. Jadi jangan keliru lagi. Beli lah RS 150 V2 ini, dijamin puas hati insya Allah.
Comments
Post a Comment