Nuffang Ads

Pinjaman Pendidikan Yayasan Angkasa

 Kala ini, duit sangat diperlukan untuk meneruskan pengajian. Dengan ketidaktentuan ekonomi dan juga kewangan, faktor duit mendorong seseorang untuk berhenti daripada belajar. Oleh yang demikian, salah satu solusinya ialah dengan mencari biasasiwa.

Namun begitu, hari ini, semakin banyak biasasiwa yang ditarik balik atau tidak wujud lagi ekoran daripada beberapa faktor. Sungguhpun demikian, masih wujud lagi entiti - entiti yang ingin membantu para pelajar untuk meneruskan pengajian dan antaranya ialah Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa.


Yayasan Angkasa merupakan satu yayasan yang membantu anggota koperasi, anak anggota koperasi untuk meneruskan pengajian dengan memberikan pinjaman pendidikan boleh ubah. 

Apa itu pinjaman boleh ubah? 

Pinjaman ini mendapat suntikan daripada hasil daripada bayaran yang dibuat oleh ahli koperasi setiap bulan. Jika semakin ramai yang menyumbang kepada koperasi angkasa, maka lebih banyak wang dan lebih ramai pelajar yang dapat dibantu. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita semua menjadi anggota koperasi. 



Pinjaman ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan koperasi angkasa tidak kira mana-mana koperasi. Ia melibatkan anggota koperasi dan juga ahli keluarga anggota koperasi. 

Pembiayaan ini dibuka bermula 1 hb Ogos setiap tahun hingga 31 hb Oktober, kira - kira 3 bulan. Jadi bagi mereka yang layak, boleh memohon pinjaman pembiayaan ini untuk membantu anda meneruskan sesi pengajian anda.


Baca juga pengalaman salah seorang yang mendapat pinjaman ini ~~

Baca pengalaman Part 2

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2