Nuffang Ads

AKSESORI MOTOSIKAL PENTING UNTUK RIDER

AKSESORI PENTING UNTUK RIDER MOTOSIKAL


Tak kiralah nak ride jauh atau dekat, aksesori ini sangat penting untuk keselamatan penunggang motosikal. Ramai di antara kita yang alpa dan kadang kadang culas tentang perkara ini. Jadi, jom kita senaraikan apa yang rider perlu sebelum memulakan perjalanan.



1. HELMET

Yang ini memang tidak dapat dinafikan perkara paling penting dalam arena pemotoran. Selain kita boleh dikenakan saman, tidak memakai helmet boleh memberi kecederaan serius pada kepala dan otak sekiranya berlaku kemalangan.
Carilah helmet yang berkualiti tinggi dan design yang menarik supaya kena dengan jiwa kita. Biarlah mahal sedikit asalkan kualiti tinggi.


2. GLOVE

Glove atau sarung tangan ini memberi keselesaan kepada tangan pemandu motosikal, jadi lebih senang untuk di kawal. Kalau hujan, takdelah sejuk sangat tangan. Ada banyak jenis glove dekat pasaran tapi jangan tertukar dengan glove kebun pulak. Glove juga memberi lebih grip pada tangan untuk handle motor supaya lebih kemas. Ia juga bertindak sebagai protection sheild sekiranya kita terjatuh atau kemalangan. Orang kata biar glove koyak, jangan tangan yang koyak.

3. JAKET

Kebiasaannya rider memang perlukan jaket. Selain nak nampak segak bergaya, jaket melindungi badan kita dari terkena cahaya matahari yang terik. Siapa yang tak nak hitam tu, memang perlu memakai jaket. Kalau cuaca sejuk pun, jaket sangat sesuai digunakan. Biasanya rider menggunakan jaket kulit, tapi kalau tiada bajet, cari seperti sweater pun suda memadai. Berfungsi seperti glove juga, jaket memberi perlindungan kulit kepala kita sekiranya terjatuh atau mengalami kemalangan.

4. POUCH BAG

Bagi mereka yang tak nak ada Box di belakang motor, pouch bag sangat sesuai Sebab sekiranya hujan berlaku, di situ lah tempat kita menyimpan barang barang berharga seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya dengan syarat mesti waterproof lah kan

5. BACKPACK

Pada masa yang sama, backpack sangat diperlukan. Tidak dapat dinafikan, banyak benda penting juga yang perlu dibawa semasa ride tambahan pula kalau student yang ride nak pulang ke kolej, memang perlukan backpack untuk isi macam laptop dan sebagainya. Tapi dengan syarat, mesti waterproof jugaklah kan, kalau tak habis basah assigment dengan laptop tu.

6. RAINCOAT


Ini Item yang memang penting untuk rider. Motosikal dan hujan tak boleh lari jauh. Kalau kita tiada tempat nak berteduh, habis kuyu kita dibuatnya. Daripada kita kuyu begitu sahaja, lebih baiklah kita kuyu dengan membawa motosikal.Sekurang kurangnya, jimat lah juga masa yang kita gunakan. Carilah raincoat yang sesuai dan berkualiti kerana sekarang banyak di pasaran dijual raincoat yang tidak berkualiti dan mudah terkoyak. Biarlah mahal sekali daripada membeli banyak kali.

7. BOOTS
Yang ni optional sebab yang penting kena pakai kasut. Kasut dia menutup bahagian kaki kita. Sama macam glove dengan jaket tu, melindungi kulit dari matahari dan kecerdaan. Cumanya boots lebih utuh dan kuat. Kalau kena hujan tidak teruk seperti kita memakai kasut biasa. Tak perlu pun boots macam motor gp tu. Cukup sekadar boots biasa yang boleh melindungi bahagian kaki kita.

Kalau kurang salah satu daripada di atas pun, tak jadi masalah. Yang penting nya, keselamatan kita di jalan raya ini terutama penunggang motosikal. Tak kiralah jauh ke dekat ke, kemalangan tetap boleh berlaku. Pada kami biarlah berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan kita.

Bila dan berlaku kemalangan, selain kita tercedera, banyak wang yang akan kita guna. Jadi lebih baiklah kita cegah dari awal kan. Bila nak cari barang, cari yang berkualiti, sebab kadang kadang barang yang tak berkualiti ini pun boleh menjadi punca kemalangan.

Banyak kedai dekat Shopee yang berangnya berkualiti dan dipercayai. Nanti pihak kami akan senaraikan kedai kedai yang bagus dekat Shopee. Kalau kami rajin, kami carikan juga kedai kedai di Lazada.


Jadi fikir fikirkan lah. Sayang nyawa oi. Ramai orang bergantung harap pada kita. Kita beli aksesori ni bukan untuk kita tapi beli untuk keluarga kita . Ayat tu boleh guna untuk justify dengan isteri atau mak ayah nanti. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share dan komen.

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2