Nuffang Ads

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

 



Sememangnya penunggang rs150 sama ada v1 atau v2 sangat tahu akan kekerasan seat asalnya yang bak keras seperti batu itu. Isu ini nampaknya Honda masih tidak menyelesaikannya walaupun pada v1, seat jni telah dikritik hebat tetapi mereka masih mengekalkan seat original itu. Namun itu bukan masalah buat rider rider rs. Mereka mempunyai cara tersendiri. Perbincangan di dalam group sentiasa memberikan pelbagai idea dan yang paling mendapat sambutan ialah dengan menukar seat asal kepada seat baru yang lebih lembut dan boleh didapati di Shopee. Anda tulis sahaja seat rs150, pasti banyak pilihan yang akan keluar.

Untuk mengetahui seat mana yang terbaik, bolehlah baca info-info di bawah. 

1. Seat Spd Racing



Seat ini memang sangat terkenal terutama di dalam group rs. Ada sahaja mereka yang kecewa kerana stok yang baru masuk, habis ibarat pisang goreng panas. Seat ini ada yang jenis curve dan juga flat. Ia disertakan juga dengan jenis biasa dan jenis carbon. Menurut komen orang ramai, seat ini memang lembut daripada original. Boleh tengok link kedai Shopee di sini. Range harga dari RM 78 ke RM 98. Sekarang dah naik harga sebab kos penghantaran naik.. 

Dah tengok >> Senarai Kedai Aksesori Motor di Shopee

2. Seat Protaper



Seat jenis ini juga menjadi salah satu pilihan sebagai pengganti seat yang asal. Bermula dengan Harga RM 125, seat ini juga dikatakan lembut daripada original. Boleh dapatkan di  Shopee di link ini. 

3. Honda  Rs150 Seat Assy. 

Seat ini juga antara yang menjadi pilihan warga rs. Dengan Harga yang antara termurah iaitu RM 67 (ketika blog ini ditulis) sangat sesuai dengan kelembutannya jika dibandingkan dengan yang asal. Rata-rata pembeli berpuas hati dengan seat ini. Link kedai Shopeenya di sini

 4. Seat Recaro

Seat recaro ini sememangnya agak menarik dan istimewa. Dengan gayanya yang tersendiri, ia berjaya menarik perhatian sesetengah rider untuk dibeli. Rata-rata memujinya agak selesa dan lembut. Harga nya tidak tentu, kadang-kadang RM100 dan kadang kadang kurang lagi daripada itu. Boleh tengok link  Shopee mereka di sini



5. ESR Seat Racing



Seat ini juga antara pilihan yang ditawarkan kepada rider rider rs. Bermula dengan harga RM 135, seat ini dikatakan agak lembut dan juga menarik. Dengan jenis carbon, ia menjadi pilihan buat rider-rider untuk memandu jauh. Boleh lihat Shopee di link  sini

6. Sakorn Seat


Nama pon sudah bunyi Thailand. Pastinya seat jenis carbon ini datangnya dari tanah siam itu. Rupanya agak tampan jika ia seorang lelaki. Harga pon agak meninggi iaitu RM 180. Boleh tengok di Shopee.


Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2