Nuffang Ads

Seat Lembut RS 150R - Review Produk SPD Racing

 Seat asal rs150 memang sudah diketahui akan kekerasannya ibarat batu bata yang membuat dinding rumah. Meskipun banyak rungutan yang dikeluarkan oleh pengguna, pihak Honda masih tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut. Oleh sebab itu, kebanyakan pengguna mengambil inisiatif sendiri seperti menukar seat original atau menambah span pada seat original. Tiada masalah bagi mana mana inisiatif asalkan ia dapat memuaskan hati pengguna.

Bagi mereka yang mahu menukar seat asal, masalah yang mereka hadapi ialah, mereka tidak tahu seat mana yang paling sesuai dan dimana mereka hendak membeli. Jikalau mereka hanya membeli dari sebarangan kedai atau membeli secara membuta tuli, kelak risau seat yang datang tidak lembut malah mendatangkan masalah yang lain pula. 

Bagi mereka yang tak tahu seat mana yang terbaik, sesuai dan lembut, kami menyarankan anda untuk memilih seat Spd Racing. Mengapa kami menyarankan ini? Selain daripada kepuasan pengguna, seat ni sememangnya lebih lembut dari seat asal. Berdasarkan pengalaman, seat original, jikalau anda membawa lebih kurang 15 minit, punggung anda akan terasa sakit. Berbeza dengan seat Spd Racing ini, hampir dua jam, barulah punggung ada terasa sedikit kurang selesa. Ia tidak selesa bukan sebab apa, sebab terlalu lalu menunggang motor. Jadi seat ini memang sesuai untuk berjalan jauh.

Seat ini juga mudah dipasang sendiri. Jadi anda tidak ada isu itu mengharapkan kedai untuk memasangnya. Tetapi sekiranya anda tidak boleh buat, boleh juga ke kedai. Tapi kami memang sarankan untuk anda memasang sendiri kerana memang mudah. Mungkin anda boleh cari di YouTube. Harga dahulu berbeza dengan sekarang. Dahulu harganya sekitar RM 78 ke RM 90 mengikut jenisnya. Tetapi dek kerana permintaan tinggi dan kos penghantaran meningkat, harganya naik ke RM 80 ke RM 110. Boleh jadi sekiranya anda tidak membeli sekarang, harganya akan meningkat naik.

Jadi dimana anda boleh dapatkan seat ini. Anda boleh dapatkan di kedai online mereka di Shopee sahaja dan kedai fizikal mereka. INGAT!!! Disebabkan seat ini laris seperti pisang goreng, banyak produk produk di Shopee yang tiruan. Jadi hanya membeli di kedai mereka sahaja. Kami akan sertakan link kedai mereka supaya anda tidak mudah tertipu.

Link kedai SPD Racing Shopee  

Kesimpulannya, bagi kami memang berbaloi untuk membeli seat spd racing. Biarpun ia mahal sedikit, tetapi keselesaan semasa menunggang itu memang lebih indah. Sekiranya anda tidak suka seat spd ini, anda boleh juga lihat senarai seat rs150. Di situ, mereka menyenaraikan senarai seat rs150 yang boleh digunakan oleh pengguna rs150. Ia sahaja daripada kami. Share jikalau anda rasa artikel ini bermanfaat. 


Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2