Nuffang Ads

Cara Berniaga Di Shopee Malaysia - Review Ebook Bisnes Shopee

Seperti yang dijanjikan, hari ini kami akan review Ebook Bisnes Shopee yang ditulis oleh Mohd Fahmi atau lebih dikenali dengan Jenin. Jadi siapa Jenin ni? Jenin merupakan salah seorang preffered seller di Shopee dan dia antara batch yang pertama Shopee invite untuk buka dan berniaga kedai di Shopee. Jadi pengalaman yang beliau dapat, tidak lagi boleh diragui kehebatannya.


Ebook Bisnes Shopee ini yang berharga sekitar RM 100 (harga pada artikel ini ditulis) mengandungi halaman sebanyak 193 muka surat dimana setiap helaian wujudnya elemen elemen yang penting. Selain penerangan secara bertulis, ebook ini juga menerangkan langkah langkah secara bergambar untuk memudahkan pembeli memahaminya. Pakej RM 100 ini diberikan sekali Ebook bonus seperti Ebook - Jual Produk Tanpa Pesaing, Ebook- 7 Cara Promosi Secara Percuma dan Ebook Strategi Niaga Tanpa Modal. Pakej ini juga menyediakan FB Group Support yang berperanan untuk membantu pembeli-pembeli memahami isi kandungan atau bertanyakan sebarang soalan.

Untuk Ebook Bisnes Shopee, di dalamnya ada beberapa bab yang menerangkan dengan terperinci tentang langkah langkah dari awal untuk berniaga di Shopee. Misalanya cara untuk daftar dan setup kedai kita di Shopee, buka akaun penjual, tukar username, e-wallet, shipping dan sebagainya. Ebook ini juga menerangkan tentang sumber sumber produk dan dropship yang kita boleh dapatkan untuk pasarkan di kedai shopee kita. Maklumat maklumat seperti urus produk guna aplikasi dan komputer juga diterangkan dengan terperinci dalam ebook ini.

Dah baca Cara Buat duit online

Di dalam ini pun ada diterangkan tentang langkah yang perlu kita ambil sekiranya pelanggan menerima barang yang rosak, berkaitan refund, check in dan out dari Shopee, cara promosi kedai di Shopee dan cara gunakan ads shopee. Lebih menarik lagi, dalam ebook ini diterangkan cara untuk tambah follower 1000 per minggu. Hebat bukan? Sangat berbaloi untuk kita yang baru berjinak jinak dengan perniagaan di Shopee.

Untuk ebook jual produk tanpa pesaing pula, diterangkan sekali untuk kita mencari produk yang tinggi permintaan tetapi kurang persaingan dalam kalangan penjual. Ini amat penting kerana bila terlalu banyak persaingan, peluang untuk produk kita terjual itu berkurang. Dalam ebook promosi secara percuma, ada diterangkan step by step sekali gambar tentang cara untuk kita pasarkan produk kita tanpa menggunakan sebarang modal.

Dan yang paling penting sekali FB Group Support. Di dalam kumpulan ini, hampir lima ribu orang yang aktif bertanya kepada otai otai shopee dan otai otai itu tidak jemu untuk berkongsi sebarang ilmu. Berbaloi bukan Ebook ini? Dengan harga RM 100, kecillah nilainya jika nak dibandingkan dengan pulangan yang anda akan dapat. Jadi pihak kami memang mencadangkan untuk anda dapatkan ebook ini dengan segera sebelum harga ebook ini naik ekoran dari permintaan ramai. Boleh dapatkan ebook di sini





Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2