Nuffang Ads

Review Sling Beg Shopee Malaysia - Arctic Hunter i-Brighton Portrait

 Jadi hari ini, pihak kami akan mengreview sling bag ini yang kami beli dari Shopee. Jadi asalnya, kami mahu mencari cari beg yang boleh hadiahkan kepada orang lain. Trend zaman sekarang iaitu memakai sling beg sudah menjadi ikutan bukan sahaja anak muda malahan orang yang lebih dewasa juga. Ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada si pembawa malah dengan menyediakan beg, kita dapat membawa barang dengan banyak dan teratur.

Sumber: Shopee 

Setelah mencari hampir 2 jam, maklumlah di Shopee tu, bukan semuanya okay jadi kita kena cari betul betul. Review orang pun sekadar penghantaran bagus, layanan penjual bagus, shipping cepat. Percayalah kita ni bukan nak tahu pasal benda benda macam tu. Kita nak tahu produk je. Betul ke dapat produk ni? Betul ke size dia? Boleh percaya ke kedai ni? Haaa.. Itu yang kami nak tahu sebenarnya.


Sumber: Shopee 

Ok berbalik pada Shopee tadi, setelah 2 jam baru lah jumpa satu kedai ni namanya Artic Hunter Official Shop. Kedai dia ni mall, so memang kami yakinlah untuk membeli di kedai ni. Bila kami dah godek godek produk dalam tu, kami jumpa lah beg yang kami cari tu. First impress, memang nampak iklusif. Ada gaya moden nya. Tapi tak boleh percaya jugak. Kena tunggu barang sampai dulu, baru boleh percaya. Harga asal dekat RM 200 lah jugak tapi kami beli ada diskaun waktu tu. 

Bungkusan yang diterima

Pandangan Hadapan

So lepas baca dan tengok review orang yang ada okay ada entah apa apa tu, kami pun decide untuk beli dengan harga RM 60. So kami guna j&t, jadi memang sampai esoknya. Sampai je dekat rumah, dapat bungkusan. Takdelah besar mana bungkusan tu. Cantik bungkusannya.

Pandangan Belakang

Okay jadi bila dah buka. Tengok je beg tu WOW! Memang lawa. Nampak sangat design tu eksklusif. Beg ni ada 3 warna, Black, Blue dengan Grey. Kami beli yang Grey. Memang lawa. Dia ada 3 compartment. Satu depan, satu belakang satu tengah. Yang dekat tengah pulak ada 2 poket dekat dalam. So memang ada banyak ruang dalam beg ni.

Design Eklusif

Design yang menarik

Kedai ni claim, beg ini waterproof. Tengok dari material(nylon Polyester), nampak macam waterproof. Tapi tak cuba lagi kan so kita tak tahu. Nanti kami akan cuba dan terus update dekat sini. Jadi pastikan kalian semua sentiasa update dengan blog ni. Tali beg ni pon boleh adjust nak bagi panjang atau nak bagi pendek terserah pada si pemakainya.

Perbandingan size beg dengan kalkulator

Jadi kesimpulannya kami memang puas hati dengan beg ini. Nampak boleh tahan lama. Tapi takpe kita cuba dulu. Apa apa kami update di sini. So kalau kalian nak beli sling beg, kami recommend beli lah dekat kedai ini. Kalau ada family atau kawan kawan yang nak beli sling beg jugak, share dia artikel ni. Lagi satu, beg ni kalau nak hadiah dekat family atau boy friend memang sangat sesuai. So itu je. Selamat membeli. Kalau kalian nak tanya apa apa pasal beg, boleh komen dekat bawah. Terima kasih.

Dah baca Cara Buat Duit Online Dari Rumah

Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2