Nuffang Ads

Covid-19-Rakyat Malaysia Patut Bangga

 

Virus Covid-19 memang kini menjadi bualan dunia selepas kehebatan virus ini mengucar-kacirkan penduduk di seantero dunia. Bukan sahaja kesnya yang sudah melebihi 7 juta sahaja malahan kes ini sudah meragut hampir 300 000+ nyawa di seluruh pelosok dunia sehingga 7 hb Jun 2020. Tidak terkecuali di Malaysia, virus ini menyerang tidak kira umur, pangkat dan jawatan. Namun apa yang lebih menarik nya ialah kebolehan kerajaan Malaysia dalam mengekang penularan wabak ini.

Baca juga >> Betulkah garam putih berbahaya

Sejak akhir akhir ini, sudah ramai pihak di luar sana yang sudah mula membuka mata melihat kehebatan Malaysia dalam menangani pendemik ini. Salah satunya ialah seorang lelaki yang telah membuat video mengenai kehebatan kerajaan Malaysia dalam mendepani virus ini. Namun demikian, kejayaan yang di raih ini bukanlah hasil titik peluh setengah pihak sahaja tetapi hasil bersama pasukan kerajaan dan juga rakyat jelata yang mampu bergerak sebagai satu pasukan yang utuh. Hal ini boleh dilihat melalui kepatuhan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah. Bercogan katakan Stay At Home, hampir 97 % penduduk Malaysia mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP). Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan! Bagaimanakah mampu Malaysia mencapai peratusan yang agak tinggi jika dibandingkan dengan negara - negara yang lain. Hakikat nya Malaysia ini jauh lebih maju dan bertamadun daripada dunia luar. Lihat saja kepada dunia luar hari ini. Negara negara seperti Lubnan, Amerika Syarikat yang sedang bergolak akibat daripada perintah kawalan dan krisis ekonomi. Lebih teruk lagi di Amerika Syarikat, ditambah pula dengan protes melibatkan penduduk kulit hitam dengan pihak kerajaan. Hakikat nya mereka bukan lah hebat dan matang seperti yang digembar-gembor kan oleh filem-filem Hollywood mereka malah lebih teruk daripada negara - negara mundur lain.


Kejayaan Malaysia juga dipaksikan juga dengan kebersamaan pasukan frontliner Malaysia dalam bergerak sebagai satu pasukan. Dengan diketuai seorang Doktor beribawa iaitu Dr Noor Hisyam Abdullah, pasukan frontliner Malaysia berjaya melandaikan curve virus ini, dengan dibantu juga kepatuhan rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia mengalami peralihan kerajaan semasa pendemik ini mula meningkat di dalam negara, ia tidak menjadi penghalang buat pasukan frontliner ini menggembleng tenaga dalam memastikan wabak ini tidak merebak dengan cepat. Hasilnya bilangan kes baru saban hari kian menurun dan moga moga suatu hari nanti, tiada lagi kes baharu Covid-19 di Malaysia. 

Kejayaan Malaysia ini wajar dijadikan contoh buat rakyat Malaysia supaya sedar bahawa kekuatan negara kita ini setanding dengan negara negara maju malahan lebih hebat daripada mereka. Bab kata pepatah, Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Bangga lah menjadi warganegara Malaysia, negara yang aman dan rakyatnya hidup harmoni sentosa. Sungguhpun demikian, perang melawan Covid-19 ini masih belum menemui titik noktah dan lebih buruk lagi berkemungkinan kita akan terus hidup dengan virus ini buat selamanya. Dengan mengamalkan norma hidup baharu serta mematuhi saranan saranan kerajaan, diharap kan Malaysia akan terus unggul dalam menghadapi wabak ini. Berbangga lah rakyat Malaysia akan negaramu!


Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2