Nuffang Ads

Apa itu Pinjaman Boleh Ubah?

 Pinjaman Boleh Ubah sekarang sudah mendapat tempat dan sering digunakan oleh sesetengah pihak. Namun masih ramai yang kurang mengerti apa sebenarnya maksud pinjaman boleh ubah ini.

Baca juga >> Pinjaman Boleh Ubah Bank Rakyat


Secara asasnya, pinjaman boleh ubah membawa maksud kita dapat mengubah pinjaman itu menjadi nilai yang lebih kecil atau tiada langsung. Maksud nya kalau sesuatu pinjaman pendidikan itu dikatakan boleh ubah, ia boleh ditukarkan menjadi biasasiwa dengan syarat-syarat tertentu seperti mendapat keputusan yang cemerlang. 

Dalam konteks pembiayaan pendidikan yayasan angkasa ini, ia juga boleh dikira sebagai satu pembiayaan boleh ubah di mana anda boleh mengubah pinjaman kmi menjadi biasiswa dengan syarat berikut.

Sekiranya keputusan peperiksaan anda mendapat first class, pinjaman itu akan 100% bertukar menjadi biasasiwa sepenuhnya. Jadi anda tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut. Ini lah kelebihan sekiranya pinjaman itu dikategorikan sebagai pinjaman boleh ubah.



Sekiranya anda mendapat second upper class, pinjaman tersebut akan menjadi 60% biasiswa dan bakinya anda dikehendaki membayar setiap bulan yang telah ditetapkan pihak angkasa sebaik sahaja anda tamat belajar dan bekerja.

Selain daripada keputusan itu, anda dikehendaki membayar penuh kembali pembiayaan tersebut melalui cara yang sama yang telah ditetapkan pihak yayasan. Jadi rebutlah peluang untuk dapat first class supaya anda tidak payah fikir lagi untuk membayar hutang sebaik sahaja tamat belajar.

Baca juga >> Pengalaman Pemohon

Pembiayaan ini dibuka setiap tahun bermula 1 Ogos hingga 20 Oktober. Jadi jangan lupa mencuba kalau anda menepati syarat - syarat yang mereka inginkan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web yayasan angkasa atau pun di media sosial mereka.



Comments

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Cara Buat Duit Online Dengan ACCESSTRADE - Affiliate Marketing

Cara Buat Duit Online Dari Rumah