Nuffang Ads

Cara Buat Duit Online Dengan ACCESSTRADE - Affiliate Marketing

Ramai sebenarnya tidak tahu yang kita boleh buat duit hanya dengan promosi barang. Iyaa. Hanya promosi barang. Tidak perlu layan pelanggan, tidak perlu post barang dan tidak perlu pening-pening. Nama dia affiliate Marketing. Kalau nak tau salah satu cara Blogger dapat duit ialah melalui affiliate Marketing ini. Mereka hanya promosi produk, orang beli dari link mereka dan mereka dapat komisen. Mudah bukan.

3 Platform Affiliate Popular di Malaysia


Affiliate Marketing ni banyak, Lazada ada, zalora, involve Asia dan ACCESSTRADE. Post kali ini, saya nak share pasal ACCESSTRADE. ACCESSTRADEi ini platform affiliate yang terkenal di Malaysia selain involve Asia. Involve Asia, kalau nak daftar dengan mereka, payah sebab mereka sangat strict. Berbeza dengan ACCESSTRADE, beginner Blogger biasanya daftar di sini sebab tidak terlalu ketat. Kalau anda ada Facebook, Twitter atau instagram pon ada masih boleh daftar dengan platform ini. Tak rugi pon untuk mencuba. Daftar pon free.

Sudah baca? Cara buat duit dari rumah

Dalam ACCESSTRADE ini, ada banyak program affiliate yang korang boleh promosikan, antaranya Lazada, Shopee, Watson, Adidas dan sebagainya. Memang banyak. Dan setiap program itu berbeza dia punya komisen. Mula-mula saya pon kurang pasti pasal ACCESSTRADE ini. Awal-awal buat dulu, saya ada lah promosi program-program dekat ACCESSTRADE ni, tapi tiada sambutan. Jadi saya pun malas lah nak beria-ria. Saya tak promosi dah ACCESSTRADE. Selang beberapa bulan, tergerak hati saya nak tengok.

Bila bukak je, tengok-tengok dah ada duit. Saya macam tak percaya. Biar betul. Rupanya, program yang saya promosi dulu, ada orang yang Klik dan beli. Biasanya program-program ini, dia ada cookies. Maksudnya dia simpan data. Contoh, ada seorang pembeli, dia klik je dulu barang yang kita promosi. Dia tak beli lagi sebab tak de duit. Tapi hujung bulan baru dia beli. Komisen masih dapat dekat kita, sebab cookies. Dia simpan kita punya data. Jadi tak rugi kalau kita promosi hari-hari sebab data kita disimpan. Ini hasilnya setelah beberapa bulan tinggalkan. 

Fikir ini sebelum buat dropship 



Update terkini 👇👇

Update lagi


Syukur alhamdulillah pendapatan bulan March


Hasil bulan Mei 💪💪💪




Kenapa ACCESSTRADE ini mudah? Sebab kalau kau dah lepas RM 60 pon kau dah boleh bawak keluar. Minimum duit untuk bawak keluar RM 60. Nanti komisen yang dah approve, akan masuk dalam akaun bank kita. Lepas daftar, dia akan suruh isi maklumat bank, jawab beberapa soalan. Tak susah pon. Sekejap je. Pendapatan tu tak de lah besar mana tapi cukuplah untuk dalam RM 300- RM 500 sebulan. Lagi banyak kita promosi, lagi banyak duit dapat. Yang penting usaha. Promosi kan selalu. Awal-awal memang orang tak pandang, tapi bila  selalu je ada, akhirnya orang akan beli jugak. Yang penting istiqomah.


Bukti Pembayaran pertama. Boleh lah sikit2. Lama lama dia naik


Bukti pembayaran bulan 12


Bukit pembayaran bulan 11


Tak rugi pun nak cuba. Lagipun daftar pun free. Cuba dulu. Sekarang musim PKP, lagilah memerlukan duit dan masa ini jugaklah online shopping macam tsunami. Ambil peluang sementara dia masih buka pendaftaran. Kalau nak daftar boleh tekan sini. 


Nanti dia akan bawa ke macam dalam gambar. Country pilih Malaysia. Anda isi site Blogger atau link fb dan ig anda pada site URL tu. Lepas tu, letak nama laman web atau username dekat site name. Letak Email dan password. Baca terma dan syarat dia untuk lebih faham. Tick lepas tu sign up. Nanti dia hantar emel untuk pengesahan. Korang jangan lupa tengok inbox emel korang dan tekan link yang diorg hantar untuk aktifkan akaun. 


Lepas tu keluar macam gambar di atas. Waktu ini lah anda akan isi maklumat bank, sites dan jawab soalan soalan yang mereka tanya. Tak susah pun. Mudah sangat. Semua soalan dah ada pilihan jawapan. Kalau tak de, boleh pilih others. Dah siap tu, anda boleh lah teroka-teroka dalam dashboard anda tu. Tengok program program yang mereka tawarkan. Bahagian sites itu, anda boleh nyatakan anda guna medium apa. Blog ke, Facebook ke, Twitter ke, tiktok atau instagram. 

Biasanya, ACCESSTRADE dia akan hantar emel dekat kita tentang cara-cara nak promosi, cara pilih program dan sebagainya. Jadi mereka akan sangat membantu. Cubalah. Saya harap post ini dapat membantu untuk kita sama - sama ringankan beban masing-masing. Kalau nak share post ni dengan kawan-kawan pun,takpe..saya faham. Mereka juga perlukan duit. Semoga anda yang baca, dan saya dan sesiapa yang menyertai accesstrade ini peroleh kemudahan dan reseki yang halal. Lupa nak bagi tahu, anda akan dapat RM 5 untuk pendaftaran anda. Itu boleh katakan sebagai pembakar semangat untuk anda. 


Baca ini kalau anda ingin berniaga di Shopee 

Kalau ada yang tak faham atau keliru? Boleh komen. Saya akan cuba bantu mana yang mampu. Semoga bermanfaat. Baca ini lagi tentang affiliate

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Platfrom Affiliate Marketing Popular di Malaysia

Senarai Pilihan Seat RS150 V2

Pengalaman Dapat Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Part 2