Sumber Mineral Yang Terdapat di Malaysia

Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk daripada sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di negara kita. Antaranya : 1. Petroleum Petroleum merupakan cecair pekat dan gelap. Ia juga dikenali dengan emas hitam. Petroleum merupakan sebatian hidro karbon dan biasanya wujud di kerak bumi. Banyak produk yang dapat dihasilkan daripada petroleum ini. Antara contoh nya ialah kerosin, bitumen dan nafta. Minyak petrol pula digunakan untuk kenderaan kenderaan kecil seperti motosikal, kereta dan van. Baca juga Platform Tambah Pendapatan Sampingan 2. Gas Asli Gas asli antara sumber yang penting berada di perut bumi. Ia terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini biasanya terperangkap di dalam lapisan lapisan bumi bersama petroleum. Cara nak dapatkan nya sama seperti petroleum. Gas asli digunakan sebagai bahan bakar seperti gas memasak. 3. Bijih Timah Bijih timah sejenis batu yang mengandungi mineral penti...