Awas Lelaki - Betul Ke Bahaya Kencing Berdiri?
Masa kini, kencing berdiri sememangnya sudah lazim dalam kalangan orang lelaki. Disebabkannya mudah dan boleh dilakukan dengan segera, ia menjadi pilihan kaedah utama bagi lelaki dalam mengeluarkan air kencing tersebut. Namun demikian, cara ini sebenarnya salah, kerana menurut kajian yang telah dijalankan oleh Ayurveda Medical, kencing berdiri sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan lelaki.
Dari aspek kebersihan pula, apabila buang air dengan berdiri, ia akan meningkatkan halaju air tersebut. Ia sekaligus membuatkan air kencing tersebut mudah terkena pada pakaian dan juga terkena pada tandas. Sekiranya amalan ini ditukarkan kepada amalan kencing duduk, ia dapat mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit yang berpunca daripada sisa kotoran air kencing di dinding tandas.
Sudah menjadi trend sekarang bagi yang kencing berdiri untuk tidak basuh kemaluan mereka sebaik sahaja mereka selesai membuang air kecil. Ini sememangnya amalan yang tidak baik kerana meningkatkan risiko jangkitan pada kemaluan.
Baca juga : Pinjaman Pendidikan Yayasan Angkasa
Antara posisi yang sesuai untuk membuang air kecil ialah dengan duduk atau mencangkung. Ini kerana, pada ketika ini, otot pelvis, otot belakang badan dan otot abdomen dalam keadaan rehat yang maksimum. Penyeledikan juga membuktikan bahawa lelaki yang membuang air kencing secara cangkung dapat mengosongkan pundi kencing dengan sempurna dan membantu kesihatan prostat.
Manakala kencing berdiri pula, otot dalam keadaan tegang sehingga menyukarkan air kencing keluar sepenuhnya. Air kencing yang tertinggal pada saluran kencing boleh meningkatkan risiko jangkitan pundi kencing dan masalah batu karang. Selain itu juga, lama kelamaan ia boleh mengurangkan keinginan untuk melakukan aktiviti seksual.
Dalam Islam juga, Nabi Muhammad melarang untuk kencing berdiri. kerana air tidak keluar sepenuhnya. Jadi risiko untuk air kencing tersebut terkena pada pakaian agak tinggi sehingga boleh membuatkan solat menjadi tidak sah. Jangan lupa juga untuk berdehem-dehem supaya air sisa dapat keluar sepenuhnya. Jadi, kalau anda kini sudah biasa dengan kencing berdiri, cuba tukarkan kaedah anda itu untuk kebaikan kita bersama.
Baca juga : Air dan Garam Merawat Penyakit
Comments
Post a Comment